
Keperluan menampung pertambahan kes menjadikan sebuah Pusat Temu Duga Kanak-Kanak (CIC) kedua diwujudkan di Simpang, Taiping selepas CIC pertama diwujudkan di Ipoh, Perak pada 2015.
Kewujudan
CIC kedua ini menjadi pemangkin dalam usaha memperkukuh sistem perlindungan kepada
kanak-kanak, khususnya dalam aspek keadilan jenayah.
CIC tersebut
dilengkapi dua kaunselor terlatih dan kemudahan temu duga berkonsepkan mesra
psikologi bagi memastikan kanak-kanak yang menjadi mangsa dapat memberi keterangan dalam
keadaan tenang tanpa rasa trauma.
Pusat itu turut dibuka kepada penggunaan agensi luar termasuk dari negeri jiran seperti Perlis, Kedah dan Pulau Pinang sekiranya membabitkan saksi atau mangsa kanak-kanak.

Lukman Abdul Rahman (dua dari kanan) ketika melancarkan CIC kedua di Balai Polis Simpang, Taiping.
"Dengan
prosedur siasatan beretika, berperikemanusiaan dan berkesan, CIC ini mampu
mempercepat proses penyiasatan serta melindungi aspek emosi dan psikologi
mangsa dengan lebih baik," kata Senior Asisten Komisioner Luqman Abdul
Rahman, yang berucap mewakili Ketua Polis Perak sempena majlis perasmian CIC kedua di Balai
Polis Simpang, di Taiping pada 22 Mei 2025.
Lukman, yang juga Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM Perak, berkata, penubuhan CIC tersebut merupakan manifestasi komitmen berterusan, kepekaan sosial yang mandalam dan kepimpinan strategik dalam memperjuang hak serta kesejahteraan kanak-kanak.
Bagi beliau,
langkah ini mencerminkan keprofesionalan yang cemerlang, keberanian institusi ini
untuk berinovasi serta menyediakan persekitaran yang selamat, mesra dan
kondusif buat mangsa kanak-kanak yang terlibat dalam kes penderaan,
pengaibaikan dan jenayah seksual.
Menurut Luqman, Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676) telah menjadi tunjang utama dalam melindungan hak dan keterlibatan kanak-kanak dalam sistem keadilan jenayah.

Luqman Abdul Rahman (tiga dari kiri) dan Ketua Polis Taiping, ACP Mohamad Nasir Ismail (empat dari kiri) mendengar taklimat mengenai kes jenayah kanak-kanak daripada seorang pegawai polis wanita.
Katanya,
pindaan terkini yang diluluskan di Dewan Rakyat pada 11 Julai 2024 memperkukuh lagi pelaksanaan akta ini, termasuk memperluas kekompetenan kanak-kanak
untuk memberikan keterangan dalam mana-mana prosiding berkaitan kesalahan
jenayah seksual.
“Dengan adanya
penambahbaikan ini, seluruh proses temu duga dalam merakamkan pernyataan
kanak-kanak kini adalah berlandaskan prosedur yang ketat selaras dengan
kehendak undang-undang.
“Ia sekali gus
menjamin keselalamatan emosi dan psikologi kanak-kanak sewaktu memberi
keterangan,” katanya.
CIC pertama di Sungai Senam, Ipoh telah merekodkan penggunaan seramai 231 mangsa/saksi pada 2024 serta 63 mangsa/saksi dari Januari hingga April tahun ini 2025).
Ini, kata Luqman lagi, jelas menunjukkan keperluan mendesak untuk pusat CIC tambahan yang mampu menampung keperluan ini. - KitaReporters
