Drama ‘Bidaah’ selain popular di Malaysia turut dikuti ramai warga Indonesia. Di negara itu, selain ditonton melalui pengstriman Viu Indonesia, ia lebih banyak ditonton melalui sejumlah media sosial yang merakam rompak siri itu.


Dan popularnya drama ‘Bidaah' atau 'Walid', ia nampaknya membantu membongkar kemungkaran seorang ‘walid’ atau guru agama dikenali sebagai Ahmad Faisal (AF), 52, di Pondok Pesantren (Ponpes) Nabi Nubu, Desa Kekait, Kecamatan Gunungsari, Kabupaten Lombok Barat, Mataram, Nusa Tenggara Barat, Indonesia. AF juga dilaporkan seorang tokoh masyarakat yang disegani.

Menonton drama ‘Bidaah/Walid’ membuka mata 5 bekas pelajar itu untuk melaporkan kecurangan walid itu. Ia bermula apabila kelimanya berhubungan melalui aplikasi WhatsApp alumni ponpres itu.
Mereka yang sudah menonton drama popular itu mendapati kisah yang dipapar hampir sama dengan kejadian kecurangan walid di pondok pesantren mereka pernah belajar. Ekoran itu, mereka membuat laporan polis.
Tambah Regi, siasatan akan dijalankan di lokasi kejadian yang dikatakan berlaku selepas jam 1 pagi di sesebuah bilik ketika pelajar lain sudah tidur.

Menurut Joko, modus operandi AF ialah menjanjikan memberikan keberkatan pada rahimnya (mangsa) supaya dapat melahirkan anak-anak yang akan menjadi seorang wali.
Tambah Joko, mangsa penderaan seks mencapai puluhan orang. Sebahagian disetubuhi dan bagi yang enggan diperlakukan sedemikian akan diraba atau dicumbui.

Selain itu, beliau juga mahu pihak pengurusan pondok pesantren di NTB bebas daripada kes penderaan seks termasuk melibatkan pelajar lelaki. - KitaReporters
