
Md Radzi Ismail (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada penerima-penerima.
Sudah menjadi kebiasaan, ada pihak yang prihatin dengan nasib yang dialami oleh anak-anak yatim, keluarga asnaf dan golongan orang kelainan upaya (OKU) untuk membantu mereka pada bulan Ramadan ini.
Justeru itu,
seramai 78 orang melibatkan anak yatim, asnaf dan OKU dari
pelbagai umur dari Kamunting, Taiping diraikan oleh Taiping Perdana Hotel &
Suites (TPHS).
Pengurus Besar TPHS Dini Azima Mohamed Masum berkata, program ini pertama kali diadakan yang melibatkan tiga golongan tersebut dengan menggunakan peruntukan sebanyak RM10,000 dan sumbangan beberapa pihak lain.

Md Radzi Ismail (berdiri, kiri) menyerahkan sumbangan duit raya kepada seorang kanak-kanak pada majlis berbuka puasa dan infak Ramadan Bersama Anak-Anak Yatim, Asnaf dan OKU di TPHS
Katanya,
sebelum ini pihaknya hanya meraikan satu kumpulan masyarakat sahaja sejak dilaksanakan
lima tahun lalu.
“Kami meraikan mereka kerana kebanyakan golongan tersebut tidak pernah merasai makan dan menjejaki kaki di hotel. Kami juga meraikan masyarakat setempat yang sentiasa menyokong TPHS untuk pelbagai program di sini,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan Infak Ramadan bersama anak-anak yatim, asnaf dan OKU di TPHS pada 7 Mac 2025.
Hadir sama
Pengerusi TPHS Md Radzi Ismail dan pengurus kepada pusat jagaan anak-anak yatim dan asnaf, Mahani Ahmad.
Program itu menjadi ceria apabila anak-anak yatim, asnaf dan OKU menerima sumbangan duit raya dan cenderahati bagi mengembirakan mereka. - KitaReporters

Sebahagian anak yatim, asnaf dan OKU yang menerima sumbangan wang tunai dan kuih raya daripada TPHS.