Insan & Komuniti 20 Jun, 2025

Opah Ngomel| Cari pisang dalam jus pisang! Gelagat Saddiq, Bella! Dah kutip RM2j untuk orang Muar!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai Stringer Berita Harian, Wartawan Berita Harian, Penyunting Harian Metro, Grup Editor Majalah IBUBAPA. Emel: kartini.mdnoor63@gmail.com

Share this


Mana pisangnya?....minum sampai habis baru ada pisangnya.


"Tengok 20,800 orang tengok YB cari pisang. Kaw-kaw YB kena. Oh YB You kena ketuk tiga kali baru jumpa pisang." 

Gurau senda pasangan yang sedang hangat bercinta, penyanyi Dayang Bella Astilla dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq ketika mencari isi pisang dalam jus susu pisang di Korea membuatkan netizen tersenyum lebar dengan "vitamin" terbaharu itu. 

Ketuk tiga kali itu ialah cara Bella membalas "dendam" bila Syed Saddiq pernah meminta Bella mengetuk kulit siput semasa mereka sedang makan gulai siput ketika mula-mula berkenalan di Muar. 

Manakala jus susu pisang itu adalah untuk meredakan rasa pedas ramen yang mereka kongsi semangkuk ketika menikmati mi Korea itu. 

Gara-gara lawak jus pisang itu membuatkan satu Malaysia tergelak akibat lurus bendul lelaki itu ketika "dibuli" oleh Bella. Syed Saddiq yang tersipu-sipu malu "dibuli" itu dengan penuh sopan memberitahu,"Ada ubi ada batas, nanti saya balas." katanya sambil ditertawakan oleh tim BASS yang menyertai pasangan itu di Korea.



Makan semangkuk kongsi berdua, minuman sebotol pun berkongsi. Doa kami, percintaan ini sampai ke peringkat bantal berkongsi berdua ya.


Syed Saddiq yang memberitahu Bella diiringi oleh ibunya ketika menyertai rombongan itu dan Syed Saddiq turut menyatakan rasa sedikit sedih kerana hasratnya untuk membuat ibunya bercuti ke Paris belum tertunai.

"Innsya-Allah kita usahakan untuk membawa ibu ke sana. Iya, bila kita ada duit lebih nanti akan bawa ibu ke Paris." katanya dalam rasa sedikit resah di hati.

Mereka yang diberi gelaran BASS ketika ini berada di Korea untuk menjalani penggambaran iklan produk perawatan wajah itu membuatkan netizen Malaysia yang sangat menyayangi mereka sentiasa berdoa semoga hubungan yang kini sudah memasuki fasa sudah saling mencintai dan tidak boleh lagi berpisah lama-lama itu dapat segera mendirikan rumah tangga.

Ada juga gurauan bahawa Bella sangat meminati artis Lee Min Ho dan pemergian Syed Saddiq itu adalah untuk memastikan wanita yang dicintai itu tidak "dikacau atau dipikat" oleh artis K-pop itu.


Pasangan BASS disambut bagaikan pengantin baru di Korea.



Pada 2022, COSRX yang ditubuhkan pada 2013 antara jenama mewah dari Korea dilaporkan memperolehi  jualan RM753 juta atau ₩204.4 bilion bersamaan dengan AS$150.6 juta apabila jenama itu meningkat permintaannya kepada 60 peratus sejak tiga tahun lalu. Produk itu dipasarkan ke 146 negara termasuk Malaysia.

Apa yang menggembirakan Syed Saddiq,  setakat ini kawasan Parlimennya sudah berjaya mengutip RM2 juta sejak enam bulan lalu. Semua pendapatan dan sumbangan adalah hasil kerja sebagai duta produk, model, sumbangan orang perseorangan. 

Jenama Primavalet saja menderma lebih RM1 juta dalam bentuk pakaian dan telekong, manakala kutipan lain berupa komputer, barangan dapur dan derma kelengkapan persekolahan serta wang tunai.

Syed Saddiq yang berjanji akan berusaha untuk terus beraksi dengan beberapa projek baru yang sedang dalam rangka rundingan untuk memastikan penduduk di Muar tidak ketinggalan mendapat bantuan walaupun peruntukan sudah ditangguhkan lebih 600 hari.


Sesi penggambaran iklan bersama.


Syed Saddiq dikatakan menunggu keputusan mahkamah berkenaan kesnya dan penyelesaian itu penting sebab dia dikatakan dilaporkan telah mengikat tali pertunangan dengan Bella dan mereka dijangka berkahwin tidak lama lagi.

Sebahagian besar sumbangan yang orang Muar terima adalah hasil kerjasama satu persatu projek yang diusahakan bersama Bella. Daripada cabaran memanjat Gunung Kinabalu yang memecah rekod negara apabila pasangan itu lengkap berpakaian baju Melayu dan baju kurung. 

Kemudian mereka ke Semporna bermain jet ski serta meneroka lautan dalam di Sabah.

Kemudian mereka berpasangan merasmikan bakeri di Kelantan kembali ke Kuala Lumpur untuk menyertai iklan Kitsui, promosi Tealive, berbasikal mempromosikan budaya sihat dan kini dalam proses menghabiskan masa bersama di Korea. - KitaReporters


Dating ditemani tim BASS dan ibu Bella pun ada itu.


Gambar praperkahwinan? Insya-Allah.

14
16
0
14
0
You will be interested