Jutaan penduduk dunia dan warga Arab Saudi berhimpun di Kota Mekah meraikan Aidilfitri (Eid Al-Fitr) bersama 2 bilion lagi di seantero dunia. - Kredit gambar Arab News (SPA)
SELESAI sudah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan dan seluruh umat Islam dari Kota Mekah, Madinah hingga Tukiye dan sejauh Iceland yang hampir mencapai bilangan 2 bilion (1.9 bilion pada 2020) sujud syukur meraikan Adilfitri 2023, sekali gus membukti ikatan persaudaran Muslim merentasi sempadan dunia dan menjalani bulan puasa serentak dalam pelbagai gaya dan budaya.
Malaysia menyambut Aidlifitri bersama India, Indonesia, Australia, Brunei, Iran, Jepun, Libya, Morocco (Maghribi), Oman, Pakistan, Singapura dan Thailand.
Pada Sabtu 22 April 2023 juga United Arab Emirates (UAE) - Abu Dhabi, Dubai, Sharjah, Ajman, Umm Al-Quwain dan Fujairah Ras Al Khaimah yang beribu kotanya Abu Dhabi, Oman.
Manakala di Arab Saudi pula sehari lebih awal iaitu pada 21 April 2023.
Di Amerika Syarikat juga Aidilfitri tidak kurang meriahnya sambutan bila 15,000 umat Islam negara itu memenuhi Pusat Islam di New York untuk melakukan solat sunat raya.
Umat Islam di United Kingdom menyambut Aidilfitri pada Jumaat (21 April 2023), demikian dilaporkan oleh Islamic Relief.
Raja Charles turut mengucapkan salam Ramadan kepada semua umat Islam dan pemain boleh legenda, David Beckham yang mempunyai ramai peminat di Indonesia turut berucap selamat merikan Aidilfitri dalam bahasa Melayu Indonesia.
Perdana Menteri UK, Rishi Sunak turut menyampaikan ucapannya, "Eid Mubarak kepada semua yang menyambutnya hari ini. Saya menantikan untuk menyambut wakil-wakil daripada masyarakat Muslim Britain bagi meraikannya di Downing Street," ujar Sunak.
Presiden Filipina Ferdinand "Bongbong" Marcos Jr. mengisytiharkan tarikh 21 April 2023 sebagai hari cuti umum sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Bongbong" Marcos Jr
Negara-negara lain yang sambut Aidilfitri pada Sabtu ialah Australia, Brunei, Indonesia, Iran, Jepun, Libya, Malaysia, Marocco, Oman, Pakistan, Singapura dan Thailand.
Agensi berita Arab News melaporkan jemaah yang mengerjakan umrah di Mekah dan Madinah menggayakan pakaian tradisional negara masing-masing ketika menyambut hari raya itu, menjadikan pemandangan di kota suci itu bagaikan pelangi dengan warna harmoni dan kepelbagaian budaya yang sangat indah.
Penulis khas Faten Hussein yang pakar mengenai haji dan umrah memberitahu warga dunia datang ke dua kota suci itu untuk mengerjakan rukun kelima dalam Islam yang berkaitan dengan tawaf di Kaabah, berulang alih ke Al-Safa dan Al-Warwa dan melakukan ziarah ke tempat-tempat suci bagi mengingati perjuangan Nabi Muhamad SAW menyebarkan syiar agama ke seluruh dunia.
"Bila beratus ribu umat Islam datang ke Mekah dan bergabung dengan penduduk tempat yang ada budayanya serta mereka dari Mesir, Iraq, Turkiye, Abyssinia dan tanah India serta Asia Tenggara, mereka membentuk satu masyarakat homogeneous yang disatukan oleh Islam dan bahasa memberi kekuatan kepada Masjidil Haram.
Di Madinah pula, (gambar) warga dunia dan penduduk tempatan saling bertegur sapa dan menjalin ikatan akrab untuk menguatkan lagi semangat meraikan Aidilfitri. Malah jangan berasa aneh jika di Madinah, ada restoran dari jawa jual sate, restoran selera orang India." katanya.
Hussein berkata pelbagai menu dari serata dunia itu menjadi medan selera kepada semua masakan dunia. Jangan pelik jika anda menemui nasi Bukhari dan Restoran India yang nama lain tapi masakannya sama seperti kabli, beriyani.
Jika mahu mencuba masakan Turki bolehlah singgah di restoran yang menjual kibbeh, tabbouleh, baba ghanouj dan makanan Levantine yang lain. KitaReporters
Jaamah Umrah mengambil kesempatan menziarahi tempat bersejarah di Aidilfitri. Kredit Gambar Arab News.