Insan & Komuniti 04 Apr, 2023

Opah Ngomel| Dahsyatnya doa sang isteri! Dari hidup kaya raya, ada skandal akhirnya jadi geladangan!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this


Alkisahnya, hari ini Opah nak ceritakan pasal kawan Opah yang mencari bahagia caranya selepas ketahuan suaminya buat perangai bila sudah kaya. 

Kitakan kalau suami sudah berjaya berniaga dan banyak pula duitnnya, mesti banggakan bila mampu beli pejabat yang harganya berjuta ringgit, dihias indah macam dewan kayangan, projek jutaan ringgit bertali arus dapat, hasil contact (kabel?) kenalan ternama dalam dan luar negara. Pandu kereta mewah bertukar ganti. Ada tu BMW dia saja dekat RM800k.

Bila bab keluarkan duit macam air mengalir laju, belanja kawan-kawan dan kenalan makan macam tak cukup hari. Tu belum saudara-mara dia yang ikut tumpang sekaki. Apa saja nak cakap kat suami dia, esok lusa ada tu. Bukan sikit tau, puluhan ribu riban diberinya. Bayarnya? Kawan tak pernah dengar duit itu 'masuk balik ke poket' suaminya.

Dan pada realitinya, anak-anak dan isteri hidup umpama dalam 'neraka dunia'. Kemewahan itu bukan untuk mereka tetapi duit itu untuk kenyangkan perut orang lain termasuk mengumpan, membayar dan membiayai skandal di keliling pinggang.

Bila isteri minta bayar pinjaman rumah, lepas bergaduh siap dimaki hamun baru dia bayar. Anak-anak di rumah makan "bertengat " (dicatu) tetapi bila saudara mara yang 'kaya', yang bertaraf artis kononnya minta pinjam laju jer. 

Anak isteri tinggal di kondo tak sepadan dengan kekayaan suami. Untuk mencukupkan bayaran bil elekrtik dan air, maka isteri bekerja dari rumah. Bila dia terlalu stres, kami berbual tengah-tengah malam. Opah pujuknya bimbang dia ada penyakit akibat stres.



Skandal bersilih ganti. Anak dara, isteri orang, janda apa lagi macam bertukar diapers bagi suaminya. Bertahun-tahun rutin hidup dia, kenduri kendara belah keluarga suami,  isteri dan anak-anak kena duduk rumah, berparti dan meraikan kenalan, macamlah dia itu bujang tua. 

Selepas sekian 'penat' berselingkuh, dia berkahwin dengan salah seorang kenalannya. Janda yang beberapa kali bercerai selepas bermadu. Wanita ni minta cerai setiap kali suami-suaminya dulu, jatuh miskin. Pakej berpuluh ribu ringgit sebab lokasinya di hotel. Isteri baharu dapat rumah mewah dan kereta BMW mahal tu untuk berulang-alik ke tempat kerja. 

Tambah sedihlah, bila madu tu upkan gambar nikah dalam Facebook. 'Gempak gempita' dicanang, dapat tokoh korporat kaya raya. Maaflah, Masyallah malu bila opah lihat gambar dan tercakap, Eh!..ni dah macam watak siri drama masa Opah tengok di TV, muda-muda dulu -  'cornhead'. Cara dia pakai tudung, tinggi boleh tahan yang buatkan dahi dan mukanya nampak macam batang jagung, saiz badan macam anak gajah. "istimewanya' madu itu sudahpun menopos.  

Kawan saya pakai MyVi dan anak-anak bekerja sambilan membantu dia. Sebab dia pun ada kepandaian menulis dan kerja tangan. Sebelum ini pun dia adalah seorang profesional, maka mencari duit itu tidak banyak masalah. Kawan-kawan baik dan jirannya, orang Melayu dan Cina sentiasa menceriakannya, membawanya bercuti, berkumpul makan-makan dan tiada banyak hari sedih dalam hidupnya.

Keluarga kawan saya ini memang asalpun orang kaya raya. Sejak kecil dia sudah dibawa melancong hampir ke seluruh dunia. Sebab itu dia tidak mudah meraung marah bila suaminya, tiba-tiba jadi kaya dan buat onar. Dia juga bijak berjimat cermat dan sebelum Covid-19 melanda dunia, "kerja' kawan saya paling suka ialah bercuti sejauh ke Jepun dan Korea setiap tahun. 



Dia tahu cara untuk sewa hostel bajet, atur belanja bila bercuti kadang-kadang dengan anak, ada kalanya bersendirian. Dia simpan duit selama setahun. Bercuti pun untuk menceriakan duka di hati dia, melihat perangai suami di depan mata. Dan lucunya, salah satu sebab skandal menyondol suami dia pun, ingatkan semua duit cuti itu dibelanjakan oleh suaminya. 

Anda tahu tak, sebelum suami dia kaya itu, kawan saya ini setiap kali solat dan berzikir yang tidak pernah putus-putus mendoakan rezeki buat suaminya. Sebab itu juga dia faham dan reda, bila Allah ujinya dengan kekayaan itu bukan untuknya. "Duit haram" yang diperolehi itu, betullah bukan makanan buat isteri solehah. 

Bila madunya dan suaminya mula melaram segala harta kekayaan dan keseronokan mereka. Dia cakap cukup-cukuplah. Dia tak nak ambil tahu lagi perihal mereka kerana kali ini hati dan jiwanya tersangat-sangat duka dan memberontak.

Pengorbanan yang tidak pernah dihargai. Ada sekali dia pernah ke pejabat suaminya untuk bersihkan pejabat pada awal peniagaan, suaminya memberitahu pekerjanya, "dia ni tukang cuci (cleaner)" dan sejak itu dia tak ke situ malu, diaibkan.



Akhirnya kawan saya berhenti berdoa. Dia pasrah dan anda tahu hasilnya. 

Tidak sampai beberapa bulan, pejabat suaminya tutup operasi. Hendak pula dalam ekonomi merundum banyak projek dihentikan. Syarikat 'periuk nasi' suaminya turut tarik pelaburan dan hartanya mulai 'lesap'. Dari pejabat, kereta mewahnya ditarik balik. Suaminya ke hulu hilir naik Grab. Kawan-kawan rapat yang sebelum ini ditipu oleh suaminya menarik diri. 

Hutangnya keliling pinggang, saudara mara yang sebelum ini hidup mewah terkejut beruklah. Dimaki-maki kawan saya walaupun mereka tidak pernah bertemu. Suaminya dah macam orang gelandangan.

Sama aja kes dengan pelakon itu, suami kalau galak berskandal, WhatsApp isterinya diblock. Bila dah jatuh terduduk, Suami minta dia jangan hentikan doa. Beratus kali dihantarnya mesej yang sama. Kawan saya senyum tawar saja.

Opah nak ingatkan orang muda, selain berkat dan keramatnya doa seorang ibu, doa oleh seorang isteri adalah keramat kedua buat sang suami kerana ikhlasnya butiran permintaan seorang isteri, ia disertai dengan deraian air mata.

Bagi isteri, suami adalah tiket syurganya. Maka setiap detik kehidupan suami berpusar membahagiakan keluarga. Bahagia suami adalah sumber kedamaian buat isteri solehah.

JANGAN main-main ya dengan doa oleh isteri terutama isteri yang teraniaya. Memang tiada hijab tau!. - KitaReporters


19
9
0
8
0
You will be interested