Bagi menngkatkan taraf sosioekonomi golongan nelayan program Jimat Madani dan MyAqua Best Pulau Meranti yang bertemakan 'Jualan Ikan Murah Untuk Rakyat-daripada Nelayan Terus ke Dapur' adalah usaha Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk membantu rakyat melalui program Jimat Madani.

Malah bagi meningkatkan taraf sosioekonomi nelayan, persatuan nelayan dan nelayan perlu terlibat lebih aktif meningkatkan aktiviti tangkapan ikan bagi memastikan bekalan yang cukup dan terjamin di kawasan masing-masing.
Bersempena dengan program Jimat Madani, pembeli sasaran dalam kalangan miskin bandar (berdekatan Putrajaya dan Cyberjaya), maka kempen beli udang tempatan turut diadakan.


Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil yang turut turun padang semasa program Jimat Madani pada 20 Disember 2025 berkata LKIM bersungguh-sungguh memastikan tangkapan dan pengeluaran ikan yang mencukupi bagi menjamin kehidupan rakyat yang sejahtera.
Beliau juga berkata program MyAqua Best yang dilaksanakan bertujuan bagi membantu persatuan nelayan yang terlibat dengan ternakan ikan sangkar atau kolam, menjual secara terus kepada
pengguna dengan harga yang lebih rendah. - KitaReporters
