Pada 20 November 2025 di Lombok, Jawa Timur, seorang budak perempuan yang baharu berusia 12 tahun membuat masyarakat Indonesia tergamam terutama para netizen.
Ini kerana budak yang sudah mengalami waktu haid itu meraung-raung minta dikahwin dengan teman lelakinya.
Dia memeluk erat lengan seorang bocah (budak) laki-laki yang diduga sebagai kekasihnya. Bagaimanapun si kekasih hanya diam, tidak memberi respons.

Sambil menangis kuat, budak perempuan itu berteriak, “Minta nikah” bererti hendak kahwin.
Dia beberapa kali mengalihkan pandangan, menunduk, atau menatap ke arah lain, seolah-olah kebingungan dan tidak tahu hendak berbuat apa-apa.
Ia seolah-olah memperlihat hanya budak perempuan itu yang beria-ia hendak berkahwin.

Nama dua budak tidak didedahkan. Namun ia membuat ramai yang beranggapan ia adalah pengaruh dan kesan kehidupan zaman moden yang gagal dikawal dengan baik.
Namun adakah perkahwinan itu boleh dilaksana? Ini kerana usia minimum untuk berkahwin di Indonesia adalah 19 tahun untuk lelaki dan wanita, sesuai dengan perubahan Undang-Undang Nombor 16 Tahun 2019.
Sebelum undang-undang ini dikuatkuasakan, batas umur minimum adalah 16 tahun untuk perempuan dan 19 tahun untuk lelaki.
Dan ibu bapanya perlu memberi pengawasan rapi terhadapnya. - KitaReporters