Insan & Komuniti 31 Jan, 2026

Video| Minah salih hairan! Orang kita tak suka jalan bawah panas! Dalam mall boleh pula jalan lama!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

Siapa yang tak pernah rasa macam terbakar apabila melangkah keluar rumah di tengah terik matahari Malaysia?

Sinaran mentari yang kuat, suhu yang tinggi serta kelembapan udara seperti sauna semula jadi membuatkan ramai rakyat Malaysia cepat penat hanya dengan berjalan beberapa minit di luar.



Tidak hairanlah jika ada yang mengaku, mereka hanya mampu berjalan jauh apabila berada di dalam pusat beli-belah (mall) yang lengkap dengan pendingin hawa. 

Realitinya, masyarakat di negara ini memang tidak gemar berlama-lama di kawasan terbuka, bukan kerana malas, tetapi kerana cuaca panas yang seakan tidak mengenal belas kasihan. 

Sebaliknya, apabila berada di dalam mall yang sejuk dan selesa, langkah terasa ringan, peluh hilang dan masa berlalu tanpa disedari.

Isu ini menjadi bualan apabila seorang minah salih dikenali sebagai @tinakafitness memuat naik sebuah video yang berkongsi pengalaman lucunya selepas 13 tahun tinggal di Malaysia.  

“Ini pengalaman saya selepas 13 tahun tinggal di Malaysia,” sambil menyelitkan emoji ketawa yang jelas menggambarkan nada bersahaja. 



Video tersebut segera menarik perhatian ramai dan mengundang ribuan tontonan serta puluhan komen daripada netizen tempatan yang rata-ratanya mengakui, situasi digambarkan itu memang dekat dengan kehidupan seharian mereka.

Apa yang membuatkan video ini lebih menarik ialah reaksi netizen yang pelbagai, namun masih berkisar pada satu hakikat yang sama iaitu panas di Malaysia bukan sekadar panas biasa.  

“Eeeeiiiiii, not really. Hahaha,” seolah-olah bersetuju secara separa, sambil menyatakan bahawa tidak semua perkara yang disebut oleh minah salih itu tepat. 



Sementara itu seorang lagi netizen sependapat. Menurutnya, tidak semua rakyat Malaysia berperangai seperti itu.

“Hmm betullah kata awak tu, tapi bukan semua orang macam itu. Ada yang boleh,” katanya.



Manakala ada juga netizen yang setuju sepenuhnya seperti yang didakwa oleh minah salih tersebut.

“Ya, betul! Eeeeeeeeeeeeeee,” satu reaksi yang penuh emosi, seolah-olah jeritan hati rakyat Malaysia apabila berdepan bahang terik.



Seorang lagi netizen memberikan penjelasan ringkas tetapi tepat.

“Sebab cuaca di luar sangat panas, awak,” jawapan ini seakan merumuskan keseluruhan perbualan, bukan soal malas, tetapi soal kemampuan tubuh menahan haba.



Hakikatnya, pusat beli-belah di sini bukan sekadar tempat membeli-belah, tetapi telah menjadi ruang sosial moden untuk rakyat Malaysia. 

Di situlah orang ramai berjalan tanpa rasa lelah, bertemu rakan, menjamu selera dan berehat sambil menikmati kesejukan pendingin hawa.

Bagi ramai orang, mall bukan lagi sekadar bangunan komersial, tetapi ibarat ‘taman tertutup’ yang lebih mesra cuaca. Di luar, matahari memancar terik dan peluh mengalir tanpa henti, manakala di dalam mall, suasana sejuk membuatkan langkah terasa lebih ringan dan masa berlalu tanpa disedari. - KitaReporters



14
11
0
12
0
You will be interested