
Menurut Perdana Menteri, semua pelajar kategori OKU di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), politeknik dan kolej komuniti seramai kira-kira 3,000 orang akan diberikan pendidikan percuma berkuat kuasa serta-merta.
Berita gembira itu mendapat reaksi gembira golongan pelajar kategori OKU dan keluarga mereka dan ia diluah dalam media sosial.
Namun hantaran video seorang pelajar autisme bernama Rajendrra Vharma menarik perhatian ramai.

“Dengan tulus ikhlas saya mahu berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kebaikan dan keprihatinan terhadap kanak-kanak kurang upaya.
“Pengumuman pendidikan percuma bukan sekadar polisi, tetapi ia hadiah sebuah harapan. Ia membuktikan masa depan kami penting dan setiap kanak-kanak, tanpa mengira cabaran mereka, mempunyai tempat dalam perjalanan masa depan Malaysia,” katanya dalam tulisan berbahasa Inggeris.
Dalam video itu, Rajendrra juga merakamkan penghargaan kepada ibu bapa dan guru atas sokongan serta dedikasi mereka yang tidak berbelah bahagi.
“Kepada kawan-kawan jangan putus asa. Teruskan belajar dan percaya kepada diri sendiri.
"Kepada ibu bapa, terima kasih. Kalian merupakan sokongan terbesar kami. Kepada guru, terima kasih kerana membimbing kami dengan penuh kasih sayang dan dedikasi,” katanya.

Pengumuman itu disambut baik oleh ibu bapa, pendidik serta kumpulan advokasi yang melihatnya sebagai langkah penting ke arah mempromosikan pendidikan inklusif dan saksama di Malaysia.
Rahendrra anak kepada peguam Mohanan Perumal dan Rajeswari Paramsevam adalah pelukis berbakat yang dikesan serjak kecil.
Kebanyakan tema dihasilkan Vharma ialah lukisan kucing, kuda, gajah, rama-rama dan burung kerana dia meminati haiwan di samping pemandangan dan lautan.
Sehingga kini lebih 40 karya Vharma sudah terjual, malah dua karyanya juga diletakkan pada muka depan dua buku cerpen Tamil. - KitaReporters
Rahendrra bersama ibu bapanya Mohanan Perumal dan Rajeswari Paramsevam ketika menerima pengiktifan Malaysia Book of Records (MBOR)