Insan & Komuniti 22 Dec, 2022

Video| 3 bekas tentera duduk atas pokok lebih 5 jam! Terkandas sebab banjir! Kawan datang selamatkan!

@fatimah itayah
Mula ceburi dunia kewartawanan sebagai wartawan akhbar. Masih banyak perlu dipelajari!

Share this


PENGALAMAN adalah guru terbaik kerana ia mengajar seseorang tentang 1001 soal kehidupan termasuk untuk kekal tenang meskipun dalam situasi mencemaskan.

Itu dibuktikan oleh tiga bekas tentera yang terkandas banjir hingga terpaksa selamatkan diri atas pokok leban selamalebih lima jam dalam kegelapan malam sebelum berjaya diselamatkan oleh rakan mereka.

Kejadian berlaku di Paya Dadeh, Kampung Bukit Tokbat, Hulu Terengganu pada 19 Disember 2022 itu dialami Abd Latif Jamaludin, 54; Wan Azmi Wan Ibrahim, 50; dan Rusli Muhammad, 42.


Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan kejadian-kejadian banjir 



Menerusi perkongsian dalam TikTok @nagaganaz9 memaparkan usaha rakan mereka, Mohd Fauzi Sufian, 51, dengan dibantu oleh beberapa individu lain menaiki bot bagi misi menyelamat dan membawa keluar ketiga-tiga bekas tentera itu.

Bekas-bekas tentera tersebut terkandas banjir ketika menjalankan aktiviti pertanian di tapak Projek Tanaman Sayur Koperasi Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Daerah Hulu Terengganu.



Menurut Abd Latif, mereka ke kebun sekitar jam 8 pagi pada Ahad, 18 Disember dan dua jam kemudian hujan lebat berterusan hingga menyebabkan air parit sedalam satu meter di kawasan pertanian melimpah keluar.

"Kami berteduh di pondok terlebih dahulu susulan hujan lebat. Kira-kira jam 12.45 tengah hari, Rusli keluar untuk  beli makanan tengah hari tetapi gagal dan berpatah semula.

"Laluan keluar sudah ditenggelami air sedalam hampir satu meter. Harapan kami, air akan surut sebelah petang tetapi lain pula berlaku kerana kawasan kebun turut dinaiki air.

"Semakin lama paras air makin tinggi, pondok kami berteduh tidak lagi selamat. Jam 3.30 pagi, pada 19 Disember kami ambil keputusan memanjat pokok kerana ketika itu kedalaman air sudah melebihi dua meter," katanya.


Dari kiri:  Wan Azmi Wan Ibrahim, Rusli Muhammad dan Abd Latif Jamaludin.  


Tambah Abd Latif, sepanjang terkandas banjir dan terperangkap atas pokok mereka hanya beralaskan mi segera dan biskut.

"Pengalaman sewaktu berkhidmat dalam dunia ketenteraan sebelum ini banyak membantu kami  berdepan situasi termasuk untuk tidak cemas.

"Telefon Wan Azmi masih berfungsi untuk kami hubungi rakan dan pihak PVATM Cawangan Hulu Terengganu. Telefon saya sendiri kehabisan bateri.

"Kami berjaya dibawa keluar menaiki bot terlebih dahulu sebelum harung banjir beberapa meter menuju dan tiba di tempat selamat kira-kira jam 10 pagi, 19 Disember (2022)," katanya.

Ujarnya lagi, kawasan mereka terkandas banjir dengan jalan raya utama lebih lima kilometer dan  keadaan gelap serta laluan begitu berisiko sukarkan usaha menyelamat dilakukan lebih awal. - KitaReporters


Keadaan banjir di sekitar Bandar Kuala Berang, Hulu Terengganu yang dirakam jam 8.30 pagi, 19 Disember 2022. 

7
10
0
11
0
You will be interested