Insan & Komuniti 29 Nov, 2023

Video| Ku sangka paha ayam, rupanya lengkuas! Peniaga tersalah bagi! Nak gelak ke atau nak nangis?

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Kalau manusia berwajah hampir sama (bukan kembar), dipanggil pelanduk dua serupa. Namun, kalau lengkuas hampir sama bentuk dengan paha ayam dipanggil apa? Ia mungkin dipanggil tersalah pandang. 

Jadi tidak hairanlah kalau ada peniaga atau pelanggan yang tersalah pandang lalu mengambilnya kerana menyangka ia adalah ayam.

Satu video tular dalam media sosial apabila seorang pelanggan memesan lauk ayam ketika mahu mengisi perut di sebuah kedai makan. Apa yang lucunya, paha ayam yang dipesan tetapi lain yang dapat. 

Dia memesan paha ayam tetapi dapat lengkuas yang bentuknya sama seperti paha ayam.



Dalam video tersebut kelihatan seorang lelaki membelek-belek lauk ayam yang diterimanya. Ketika itu dia menyedari lauk yang disangka ayam itu rupa-rupanya seketul lengkuas. Ia mirip paha ayam dan mungkin itu menyebabkan peniaga tersalah sangka.

“Aku minta ayam. Apa ini?,” soalnya ringkas.

Lantas lelaki itu terus membawa pinggannya yang berisi nasi dan lauk ‘ayam’ itu untuk ditunjukkan kepada peniaga.

“Bang, ini lengkuas,” katanya.


Bentuk lengkuasnya sama seperti paha ayam.


Momen tersebut mengundang gelak tawa rakan dan peniaga tersebut kerana kejadian itu agak melucukan. 

Mungkin peniaga tersebut memasak dalam kuantiti yang banyak. Justeru lengkuas yang digunakan tidak dihiris halus, cuma diketuk seketul seperti yang ada dalam video berkenaan. 

Video yang dikongsi itu mengundang pelbagai komen daripada netizen. Ada juga yang tertanya-tanya bagaimana lengkuas tersebut benar-benar menyerupai paha ayam.




“Bagaimana lengkuas bentuknya mirip paha ayam?” soal salah seorang netizen. Manakala ada juga yang mempersoalkan kenapa lengkuas itu tidak dipotong kecil dan pelbagai komen lagi. - KitaReporters

17
10
0
14
0
You will be interested