Insan & Komuniti 09 Nov, 2023

Video| Henshin! Morphin! Adiwara anime beraksi pada cosplay! Bunyi letupan bingit, anak muda teruja!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this


NAMA seperti Jiraiya, Gojo Satoru, Guts, Daki, Naruto dan Goku mungkin sudah jadi buah mulut dalam kalangan remaja kita yang juga pembaca komik dan anime@animasi.

Aksi cosplay atau lakonan berkostum mengikut adiwira kini menjadi satu trend bagi pusat beli-belah untuk menarik minat pengunjung terutama golongan muda datang ke tempat itu.

Inilah yang berlaku apabila Pusat Beli-Belah 3 Damansara di Petaling Jaya menganjurkan Festival AniMania 2023 , maka serentak itu juga ruang legar dan beberapa bahagian yang dikhaskan untuk kios peniaga pelbagai cenderamata itu penuh sesak dengan peminat-peminat yang  memakai kostum anime, sekali gus mengubah tempat itu seperti lokasi penggambaran filem anime itu.



Bukan itu saja, bila sesekali kedengaran gempak gempita diiringi bunyi "letupan" sana sini, pancaran kilat dan bola api sudah macam "medan perang" pun sama. 

Tapi ini bukan sebarang pergaduhan betul dan menakutkan malah peserta yang hadir cukup teruja. 

Sampai ada yang bukan saja bersorak gembira malah turut menari dan  menyanyi sambil masing-masing buat aksi pertarungan yang membinggitkan telinga.



"Henshin (bertukar)"... Itu teriakan  sang hero Karmen Rider yang mahu bertukar menjadi wira bertopeng. Siri anime ini dan Super Sentai menjadi teman kepada golongan remaja sebelum media sosial berlegar-legar dalam alam maya lagi itu.

Kebanyakan kanak-kanak sampai sekarang tidak akan lupa tentang kisah pertarungan adiwira-adiwira Jepun itu. Super Sentai kemudian ditiru oleh penerbit Amerika dengan nama Power Rangers. 

Hari itu, ada segmen dua peminat mengambil bahagian bertarung dengan meniru aksi pertempuran Karmen Rider dan Mighty Morphin Power Rangers yang pernah suatu ketika diharamkan tayangan di televisyen tempatan kerana adanya perkataan morphin itu. Yang sebenarnya perkataan "morphin" bermaksud berubah atau transformasi dan bukannya ada berkaitan dengan dadah.


Rikka (tengah) bersama juri pada pertandingan Solo Skit


Bila AniMania Festival berlangsung pada 14 dan 15 Oktober 2023 lalu, ramai anak muda yang menjadi peminat kelab anime mengambil bahagian dalam Pertandingan Solo Skit dengan melakukan adegan yang sama dalam komik. Paparan pertarungan dibantu dengan visual layar di pentas.

Apalagi pentas pun bergegar dengan letupan bola api, percikan api sana sini dan aksi memanah serta pertarungan. Sekali tengok macam menonton wayang catuk pada era 70-an dan bunyi binggit itu disambut dengan tepukan gemuruh oleh penonton. 


Franco dari Mobole Legend


"Tuan masih ingat lagi budak yang tuan bunuh dengan keluarganya. Iyo dia dah mati. Tak sayalah anak kecil itu," itu sesi perbualan di pentas antara seorang Geisha dengan musuhnya daripada komik Demon Slyer.

Geisha itu akhirnya mencabut "kepala" pembunuh keluarganya (kepala itu menggunakan cardboard)  tetamu malamnya. Kemudian muncul pula aksi watak anime yang lain. 

Sebahagian besar peminat yang menggayakan cosplay ini adalah belia bangsa Cina dan sebahagian kecil remaja Melayu termasuk gadis yang dimekapkan sangat comel.



Roblox


Seorang pemuda yang mahu dikenali sebagai Bob dari Subang Jaya memberitahu dia memilih watak Franco dalam mobile legend kerana saiz badannya tidak muat dengan cosplay yang lain.

Dia tidak perlu berbelanja banyak kerana sebahagian kostumnya diperbuat daripada foam yang murah dan pakaian seragam yang ditempah sendiri.

Bob dipilih sebagai juri pertandingan hari itu dan dia antara orang yang sudah lama terbabit dalam cosplay itu sejak tahun 2007. Sehingga kini dia memiliki hampir 50 pakaian seragam itu yang ditempahnya sehingga ada yang berharga RM600.

Manakala Nabil Fauzi pula memilih pahlawan kecil Roblox dengan watak yang ditutup mukanya dengan menggunakan kotak saja dan pada tangannya ada satu arahan untuk dia bergerak. 

Memilih siri permainan yang diminatinya sejak kecil dan sehingga kini dia masih lagi menghadiri festival anime dengan gayanya yang tersendiri.

Sepanjang festival berlangsung pengunjung dihiburkan oleh Rikka Blurhound yang akan mewakili negara ke festival yang sama di Jepun paada tahun depan (2024). - KitaReporters



6
11
0
14
0
You will be interested