Insan & Komuniti 09 Feb, 2023

Tolong kami! Bantu PPOBM! Sasar kutip dana RM1 juta! Bagi program bantuan, kebajikan OKU penglihatan!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

Dari kiri: Saiful Rizal, Norhidawati, Mohammad Huzaifah dan Syukri menunjukkan buku tulisan Braille terbitan PPOBM.


PERTUBUHAN Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) menyasarkan kutipan dana sebanyak RM1 juta melalui penganjuran Majlis Makan Malam dan Anugerah PPOBM yang bakal diadakan pada 22 Februari 2023 ini.

Angka sasaran itu diperlukan untuk menampung kos operasi PPOBM selain menjalankan pelbagai program bantuan dan kebajikan bagi memanfaatkan ahli OKU penglihatan yang kini berjumlah seramai lebih  kurang  51,000 orang seluruh negara.

“Dan antara yang menjadi tumpuan PPOBM adalah pembinaan sebuah ‘Braille House’ atau kilang percetakan bahan bacaan Braille memandangkan kos untuk penerbitan buku Braille amat tinggi,” ujar Presiden PPOBM, Mohammad  Huzaifah pada sidang media yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 6 Februari 2023 lalu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan orang buta atau OKU penglihatan


Mohammad Huzaifah memberitahu sebuah buku tulisan braille yang dijual pada harga bawah RM10 menelan kos penerbitan kira-kira RM120. - Kredit foto: FAS


Turut bersama Pengarah Program, Shukri Shuhaimee dan Norhidawati Abdul Aziz serta suami, Saiful Rizal Che Mat dari Oilylicious Healthcare sebagai penaja yang menyumbang RM200,000 sebagai dana permulaan dalam gerak kerja PPOBM.

Majlis tidak ketinggalan dihadiri seketika untuk bergambar oleh dua penyanyi undangan yang bakal menghiburkan Malam Anugerah PPOBM iaitu pasangan penyanyi Adira Suhaimi (gambar bawah, kanan) dan Hafiz Suip (kiri). Mereka terpaksa pulang sebelum sidang media bermula atas komitmen lain yang tidak dapat dielakkan.



Berkongsi lanjut, Mohmmad Huzaifah memberitahu, antara aktiviti  yang dirancang termasuk menganjurkan jelajah berbasikal iaitu ‘Kayuh Merdeka’ sempena meraikan Hari Kemerdekaan serta beberapa acara lain seperti sukan lasak dan sebagainya.

“Buat masa terdekat bagi meraikan bulan Ramadan menghampiri Raya, PPOBM berhajat mengadakan majlis berbuka puasa bersama ahli di setiap negeri di samping menambah penerbitan bacaan buku braille untuk disalurkan kepada sekolah dan mereka yang memerlukan," tambah Huzaifah.

Sehubungan itu beliau berharap para dermawan dan orang ramai tampil membantu usaha PPOBM dalam menjayakan majlis yang julung kalinya diadakan di mana kemuncaknya akan menyaksikan penyampaian tujuh kategoi anugerah PPOBM disediakan bagi meraikan golongan OKU Penglihatan yang mencipta kejayaan walau pun dilanda ujian yang luar biasa.

Tujuh anugerah yang bakal disediakan meliputi:

     * Anugerah Murid Berkeperluan Khas Cemerlang Kategori Sekolah Rendah

     * Anugerah Murid Berkeperluan Khas Cemerlang Kategori Sekolah Menengah

     * Anugerah Pelajar Berkeperluan Khas Cemerlang Kategori Pengajian Tinggi.  

     * Anugerah Usahawan OKU Penglihatan Berjaya Kategori Lelaki 

     * Anugerah Usahawan OKU Penglihatan Berjaya Kategori Wanita 

     * Anugerah Majikan Prihatin 

     * Anugerah Sukarelawan Berdedikasi 

“Setiap penerima anugerah akan menerima trofi termasuk wang tunai RM1,000 dan hadiah sampingan lain,” sambung Shukri Shuhaimee.

Sehubungan itu juga, Shukri memberitahu, majlis makan malam dan anugerah PPOBM menyediakan tiga kategori jualan meja iaitu pakej Silver berharga RM10,000. pakej Gold RM20,000 dan pakej Platinum bernilai RM30,000 untuk 10 orang setiap meja.




Selain itu, disediakan juga pembelian kerusi secara individu pada harga RM1,000 seorang  malah ia juga terbuka kepada mana-mana dermawan yang ingin menyalurkan sumbangan walau pun tanpa hadir di majlis.

“Kami menerima berapa pun sumbangan waima RM1 pun sebab setiap sen yang diterima membantu menambahkan dana agar sentiasa tidak putus demi kelangsuungan hidup golongan cacat penglihatan agar mereka dapat menjalani norma biasa dan tidak kalah dengan cabaran,” akhiri Huzaifah sambil menghargai sokongan terbaharu yang diterima daripada Kementerian Kesihatan Malaysia bagi PPOBM membekalkan ‘Label Ubat Mesra OKU Penglihatan’ yang dicetak dalam tulisan Braille.


Contoh label ubat dalam tulisan braille.


Hasrat pertubuhan katanya, mahu melahirkan golongan OKU Penglihatan yang berdaya saing dan maju di bidang pendidikan dan atas dasar itulah juga kenapa dianjurkan buat julung kalinya anugerah bagi menghargai usaha golongan yang terpilih ini agar masyarakat Malaysia mengiktiraf kejayaan OKU Penglihatan dan memberi peluang kepada mereka menjadi sebahagian daripada kebanggaan negara.

Selaras dengan motonya, ‘Dunia ini sangat berwarna dan indah, bantu kami melihat bersama anda’. marilah rakyat perpaduan Malaysia bersatu hati dsn menyokong usaha murni ‘Majis Makan Malam & Anugerah PPOBM’ yang akan berlangsung bermula jam 8.30 malam hingga 11 malam pada 22 Februari ini di Pusat Konvensyen Bangi Avenue Selangor sambil berhibur dengan persembahan Adira serta Hafiz Suip

Maklumat lanjut mengenai tempahan meja boleh wats app ke talian +6011 6219 7914 atau layari laman sesawang https://dinner.ppobm.org.my/ - KitaReporters 


12
10
0
14
0
You will be interested