PEMANDANGAN bot nelayan semasa mula terbakar.
Kapal nelayan yang terbakar mula karam. - Kredit foto-foto: FB Tentera Laut Diraja Thailand
BERPRIHATIN, bertanggungjawab serta sikap kemanusiaaan terhadap kucing mengakibatkan enam pegawai Tentera Laut Diraja Thailand (TLDT) sanggup mengadaikan nyawa mereka semata-mata untuk menyelamat empat ekor si bulus daripada lemas di laut wilayah Satun, selatan Thailand pada 2 Mac 2021 lalu.
Kejadian itu berlaku ketika empat ekor kucing yang berada di sebuah bot nelayan sedang terbakar dan hampir tenggelam di laut yang terletak kira-kira 13 kilometer dari Pulau Adang, Thailand sebelum haiwan itu diselamatkan oleh enam pagawai TLDT terbabit.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kucing:
https://kitareporters.com/search?search=kucing
Video| Razeef, Nurul Ain bela ratusan kucing, anjing sakit dan cedera! Ebit Lew beri sumbangan
SEORANG pegawai TLDT berenang untuk mengambil kucing yang berada di bot nelayan.
Menurut laporan The Nation Thailand pada 3 Mac 2021 dipetik berkata sebelum kebakaran bot nelayan Phamonsin Nava 10 itu, para pegawai berkenaan secara kebetulan sedang membuat rodaan sekitar kepulauan tersebut.
Apabila melihat bot nelayan laut dalam itu mula terbakar, mereka bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa yang berada di bot berkenaan.
Namun pegawai TLDT turut diberitahu di atas bot tersebut terdapat juga empat ekor kucing milik tuan punya bot nelayan itu.
TIGA ekor kucing yang berada dalam bulatan berada di atas kotak sebelum diselamatkan oleh enam pegawai TLDT pada 2 Mac 2021. - Kredit Foto: FB TLDT
Portal tersebut berkata, enam pegawai itu tanpa membuang masa terus terjun ke laut dan berenang menuju ke bot yang sudah mula hendak tenggelam itu bagi menyelamatkan empat ekor meow berkenaan.
``Mereka bertungkus lumus mengambil kucing-kucing itu dengan meletakkan kucing itu di bahu serta belakang pegawai terbabit sambil berenang ke bot TLDT sebelum kucing itu ditempatkan di kawasan yang selamat.
Bot TLDT tidak dapat menghampiri bot nelayan yang sedang terbakar itu menyebabkan pegawai tersebut terpaksa terjun dan meredah ombak untuk selamatkan kucing,’’ kata The Nation Thailand.
KUCING masih berada di belakang pegawai TLDT selepas haiwan itu diambil dari bot pancing. - Kredit foto: TLDT
Bagaimanapun, The Nation Thailand itu tidak menyebut pula tentang pemilik bot pancing sama ada diselamatkan ataupun tidak sebaliknya portal itu hanya memaparkan kegigihan enam pegawai terbabit bersusah payah menyelamatkan haiwan itu daripada mati lemas.
PEGAWAI TLDT berenang dengan meletakkan seekor kucing di bahu kanannya untuk diselamatkan daripada lemas pada 2 Mac 2021.
KUCING itu diletakkan di bahagian belakang pegawai TLDT sebelum haiwan itu diselamatkan. - Kredit foto: TLDT
Berikutan dengan kejadian itu, TLDT telah menyiarkan beberapa keping gambar kucing tersebut dalam laman Facebooknya dengan mengatakan mereka berjaya menyelamatkan nyawa kucing berkenaan di bot pancing yang terbakar itu.
Ekoran penularan hantaran itu dalam Facebook TLDT, ramai netizen memuji anggota TLDT yang sanggup berkorban apa sahaja untuk menyelamatkan bukan sahaja nyawa manusia tetapi haiwan juga diberi perhatian. - KitaReporters