Insan & Komuniti 30 Jul, 2020

Rumah raya! Pasangan suami isteri syukur dapat rumah percuma

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.-komunitimadanijertih@gmail.com

Share this

SAMBUTAN Aidiladha tahun 2020 ini memberi sinar baharu kepada sepasang suami isteri bersama dua anak selepas impian untuk mendapat rumah kediaman sendiri akhirnya terlaksana apabila mereka mendapat sebuah rumah percuma. Alhamdulillah, hadiah raya datang tepat pada masanya!! : KitaReporters 

Model Rumah Komuniti tiga bilik yang diberikan percuma oleh Pejabat Ahli Parlimen Besut kepada golongan miskin


Lagi cerita-cerita dari Terengganu:

https://kitareporters.com/search?search=terengganu


Mohd Azlan Hamzah, 36 dan isternya Norhana Mat Hassan, 36, dari Kampung Tok Has, dekat Jertih, Terengganu, tidak menyangka mereka dapat menyambut Aidiladha tahun ini dalam suasana lebih meriah kerana dapat tinggal di rumah sendiri.

Rumah Komuniti yang dibina oleh Pejabat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Besut itu diberikan percuma kepada golongan miskin yang tidak mempunyai rumah kediaman sendiri.

Mohd Azlan Hamzah 


Mohd Azlan dan isteri yang menjalankan perniagaan di pasar malam sekitar daerah Besut sudah lama memohon rumah daripada pelbagai agensi tetapi baru sekarang rezeki memihak kepadanya.

“Alhamdulillah hari ini impian saya untuk mendapat rumah apatalah lagi rumah berkenaan yang turut menyediakan pelbagai kemudahan termasuk perabut, bekalan air dan elektrik diberikan secara percuma,” katanya  ketika menerima kunci rumah pada hari ini, Khamis, 30 Julai 2020.

Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Pengerusi FELDA menyerahkan kunci rumah dalam satu majlis ringkas di pekarangan rumah Mohd Azlan.

Norhana Mat Hassan 


Isteri Mohd Azlan pula gembira kerana Pejabat Ahli Parlimen berkenaan turut menyenaraikan nama suaminya untuk mendapatkan Rumah Komuniti secara percuma.

Sebelum ini, katanya, keluarganya terpaksa tinggal seramai 19 orang dalam rumah milik bapanya dan menyebabkan keadaan tidak selesa kerana terlalu ramai dan ruang rumah yang kecil.

Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh  menyerahkan replika kunci Rumah Komuniti kepada Mohd Azlan


Sementara itu, Idris berkata, projek Rumah Komuniti yang diberikan percuma kepada golongan miskin hanya ada di daerah Besut sahaja.

Katanya, projek yang bermula pada 2016 sehingga hari ini, sudah 204 rumah berjaya dibina dengan menggunakan peruntukan Parlimen.

Beliau berkata, rumah tiga bilik berharga RM20,000 sebuah yang turut disediakan peralatan perabut hanya dibina dalam tempoh dua minggu oleh kontraktor terpilih.

Mohd Azlan dan isteri Norhana menunjukkan tanda bagus selepas menerima replika kunci rumah


“Kaedah pemberian rumah tersebut dilakukan melalui Ketua Cawangan di kampung masing-masing dan peserta mestilah tidak mempunyai rumah dan daripada golongan miskin,” katanya.

Bagaimanapun, katanya projek pembinaan rumah berkenaan terhenti ketika era pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dan selepas Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pemerintahan, ia dapat diteruskan semula. - KitaReporters

Antara perabut yang disediakan kepada penerima Rumah Komuniti

15
6
2
0
2
You will be interested