Kisah Insan 05 Aug, 2020

Amboi! Tumpang laman orang dah jadi macam tanah sendiri pula

@zuhayati yazid
Pernah berkhidmat di Utusan Malaysia selama 12 tahun dan bertugas di Ibu Pejabat di Jalan Chan Sow Lin .

Share this

HIDUP berjiran boleh sangat menyeronokkan… bertukar-tukar juadah dan saling menolong pada saat memerlukan. Ada kalanya hubungan itu lebih erat daripada keluarga sendiri. Namun bagaimana pula jika jiran itu ‘berkampung’ di halaman rumah kita sejak sekian lama pasti merimaskan dan boleh jadi punca naik angin! : KitaReporters

VAN milik Andy yang diparkir di halaman rumah Cameron Weir sejak tiga tahun lalu.



Itu yang berlaku kepada dua beranak di Lanarkshike, Scotland apabila seorang gelandangan menceroboh dan menumpang ke kawasan rumahnya sejak tiga tahun lalu. Menariknya, lelaki berkenaan memarkir van miliknya yang dijadikan rumah di halaman dalam tanah milik orang lain dan meneruskan kehidupannya.


Amboiiii lama sangat dah tu menumpang kat kawasan rumah orang! Kalau sekejap okey lagi tapi kalau lama-lama jadi menyampahla kan…

BERKAMPUNG di halaman rumah orang lain menyebabkan tuan rumah berang dan mengganggu kehidupannya.


Cameron Weir dan ibunya, Sheila yang dipetik mirror.co mendakwa kehadiran orang asing di kawasan rumahnya membuatkan kehidupan terganggu. Malah orang asing berkenaan yang juga bukan ahli keluarganya itu sengaja meletakkan van di halaman rumah mereka dan ‘berkampung’ di situ.

ANDY merasakan tidak bersalah walaupun 'berkampung' di halaman rumah orang lain sejak tiga tahun lalu.


Ni betul-betul menyusahkan ...dah la di halaman rumah orang!

Weir berkata dia pernah membuat laporan kepada majlis perbandaran mengenai kehadiran orang asing berkenaan yang menumpang di halaman rumahnya. Namun menyedihnya, pihak majlis perbandaran pula memberi alasan tidak boleh bertindak menghalau orang asing berkenaan kerana sekatan Covid-19.

Macam-macamlah…

DUA BERANAK, Cameron Weir (kanan) dan ibu, Sheila yang bengang selepas halaman rumah diceroboh sejak tiga tahun lalu oleh orang asing yang tidak dikenali.


Sementara itu pula, orang asing berkenaan yang juga merupakan pesara tentera, Andy bertegas tidak mahu berganjak dari situ kerana merasakan dia tidak menyusahkan orang lain.

Malah dia yang berdepan masalah kewangan kerana tidak mampu membayar sewa flat yang diduduki itu menyalahkan pihak berkuasa tempatan kerana tidak menyediakan kediaman lain kepadanya. Malah dia bertegas tidak akan berpindah selagi majlis perbandaran membantunya.

Apa jenis manusia nih??? Dahla menyusahkan orang tapi tak pula mahu mengalah! Macam-macam jenis orang ada! - KitaReporters

You will be interested

Dari Kelantan tapi cari rezeki di Pulau Pinang! Sempena Ramadan, dapat motor baharu daripada YB

Mohamad gigih cari rezeki jadi penghantar makanan biarpun terpaksa pinjam basikal kawan. Kini bersyukur dapat motosikal baharu daripada YB Steven Sim Chee Keong

Video| Kisah Edika Yusof jadi inspirasi! Jaga isteri baik-baik, rezeki kita pun akan dimurahkan!

Edika Yusuf tampil dalam rancangan khas Borak Kelamin Astro Ria bagi huraikan tip bagaimana urus hubungan rumah tangga supaya terus kekal akrab serta bahagia
Sarfarizmal Saad in Kisah Insan 1 day ago

Video| Cari lelaki ini! Acu pisau, pijak leher anak! Tertekan masalah hidup, anak jadi mangsa?

Tular video yang tunjukkan 2 kanak-kanak menangis ketakutan kerana didera selepas dipijak pada leher dan diacu pisau oleh bapa kanak-kanak itu di Kunak, Sabah
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 1 day ago

Kematian husnul khatimah! Imam meninggal dunia ketika sujud solat maghrib! Akibat sakit jantung

Seorang imam Sofyan, 58, meninggal dunia ketika sujud pada rakaat pertama solat maghrib di Dusun Wonogiri, Malang, Jawa dipercayai kerana serangan sakit jantung
Fauzan Uda Ahmad in Kisah Insan 1 day ago

Berita Terkini| Kanak-kanak perempuan 11 tahun digigit anjing liar! Terima rawatan di hospital

Kanak-kanak 11 tahun, Syauqina Rifqa, yang baru pulang daripada kelas agama di sekolah digigit anjing liar di rumahnya di Seksyen 2, Wangsa Maju, Kuala Lumpur
News Editor 2 in Kisah Insan 1 day ago