Insan & Komuniti 30 Jun, 2021

Terima kasih cikgu! Dihalau keluar dari rumah sewa kerana tak mampu! Dapat tempat tinggal baru!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


PADA saat ini, semua rakyat Malaysia berada dalam keadaan yang tertekan. Ada yang kehilangan sumber pendapatan, tidak kurang juga yang terpaksa mengikat perut untuk meneruskan kehidupan pada saat getir ini.

Tular dalam Twitter kisah sedih sebuah keluarga yang dikongsikan oleh Ainie Haziqah, seorang sukarelawan. Menurut Ainie keluarga tersebut hidup sangat daif sehingga dibantu oleh seorang cikgu.


Lagi cerita-cerita sedih berkaitan kemiskinan



Kisah dua anak mereka tak bersekolah:

Keluarga ini mempunyai dua orang anak yang tidak bersekolah. Bapa mereka seorang peniaga dan ibunya tidak bekerja.

Lebih menyayat hati mereka baru sahaja dihalau keluar dari rumah lama kerana tidak mampu untuk membayar sewa.

Yang berumur 11 tahun, mengira 1-10 pun tidak pandai, apatah lagi ABC. Manakala seorang lagi berumur 13 tahun pandai membaca sikit-sikit.




Keadaan rumah yang sangat usang:

Mereka sekeluarga dikatakan menetap di dalam rumah yang usang apabila dilihat sendiri oleh cikgu sekolah yang berjalan kaki mengikut bapa mereka sehingga ke rumah.

"Jamban di luar rumah. Terbuka macam tu je. Tak ada tutup langsung. Tak tahu hidup macam mana. Setiap kali hujan, cikgu akan risau memikirkan bagaimana mereka tinggal rumah macam ni."

Menurut cikgu tersebut, bapa mereka meniaga ubat nyamuk, serangga berkaitan di pasar. Tetapi sekarang tidak lagi berniaga.




Cikgu yang pemurah sangat:

Apa yang lebih mengejutkan, cikgu yang membantu keluarga ini seorang yang sangat pemurah. Beliau telah membeli sebuah rumah lama untuk keluarga ini menetap.

Cikgu ini telah mengeluarkan wangnya sendiri untuk pengubahsuaiaan rumah ini. Pada mulanya cikgu tersebut mahu sewakan kepada keluarga ini berharga RM200, namun memahami sangat bahawa mereka tidak mampu.

Sebagai sukarelawan, Ainie memberitahu bahawa pihaknya sudi bekerjasama dengan guru tersebut sekiranya keluarga berkenaan masih memerlukan bantuan.



Solusi Ainie:

"Jadi, saya minta tiga benda daripada cikgu ni sebab nak bantu dia. 

  • Pertama, pindahkan mereka secepat mungkin. Apa-apa keperluan untuk pindah dan barang rumah, kami akan bantu. 

  • Kalau motor tu boleh dibetulkan, betulkan. Kalau tidak beli motor baru supaya dapat si suami dapat berniaga."

Bukan itu sahaja, tambah Aini, jika keluarga ini mempunyai keperluan lain untuk teruskan hidup selain daripada keperluan dapur cikgu tersebut akan mengemas kini kepadanya. 

"Saya dalam proses nak cepatkan pemindahan wang tersebut," tambahnya.

Bermacam-macam kisah penderitaan rakyat kita pada pandemik Covid-19 yang berlaku. Diharapkan kita semua kuat menghadapi semua ujian ini. Ingat jangan pilih jalan mudah untuk selesaikan masalah ini. - KitaReporters


0
1
8
0
1
You will be interested