Insan & Komuniti 27 Mar, 2021

Diana dan Meghan: Dua Cinderella moden! Sama-sama berkongsi nasib malang! Dipinggirkan istana!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

How Meghan Markle's Tell-All Compares to Princess Diana's 1995 Interview

Menantu dan mentua yang sama-sama hebat dan tegas. Meghan Markle berundur diri dari istana kerana isu perkauman dan warna kulit yang dikatakan menjadi alasan.


BEKAS pasangan kerabat diraja yang disenaraikan tangga ke-6 menduduki takhta Britain, Putera Harry dan Meghan Markle yang mengejutkan dunia dalam temu bual di CBS bersama Oprah Winfrey baru-baru ini, rupa-rupanya, Meghan Markle bernasib malang sama seperti mendiang mentuanya, Puteri Diana

Kedua-duanya juga dikatakan miliki perangai lebih kurang sepadan

Dalam temu bual dalam jarak masa yang lama dan suasana era berbeza, setiap percakapan menantu dan mentua, dikatakan seumpama tembakan peluru ` tepat` ke arah tingkah laku yang menjengkelnya dalam kalangan pihak istana ketika melayan mereka sebagai keluarga diraja


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Meghan Markle:

https://kitareporters.com/search?search=meghan+markle


Harry bawa `lari` Meghan untuk menghalang peristiwa hitam dilalui ibunya daripada berulang semula.


Ketika Meghan dan Putera Harry mendedahkan pelbagai isu yang hampir sama dengan yang dilalui mendiang Lady Diana masa bercerai dengan Putera Charles pada 1995, luahan kecewa mereka banyak tertumpu kepada layanan `double standard` termasuk dari segi sokongan perlindungan sosial daripada media

Malah pada ketika akhir hayat Diana, dia pernah dilayan seperti`orang asing`.

Diana ditemu bual di Britain dan Meghan serta Harry pula bertemu bual secara langsung, dan bebas di televisyen CBS Amerika pada 21 Mac 2021, lalu.


Tiga orang jadi sesak... Kurus dan dilanda kesedihan berpanjang. Diceraikan kerana seorang gundik. Diana bercerita di TV yang dihoskan oleh Martin Bashir.


"Saya ingin mengingatkan orang ramai, memang ada  obsesi dengan apa yang berlaku sekarang tetapi ada tak orang bertanyakan tentang perasaan? Sekarang saya dah tak sunyi lagi." katanya.

Pelakon siri drama undang-undang The Suits dan suaminya mengumumkan peletakan jawatan sebagai kerabat paling kanan dan berhenti menjadi anggota diraja pada Januari 2020. Tindakan itu dikatakan bagi memastikan kestabilan mental pasangan itu selepas lama dilonggokkan dengan layanan`sampah sarap toksid`.


Kredit foto: US Weekly


Ketika Oprah Winfrey bertanya,  bagaimana agaknya perasaan ibu Harry jika dia masih hidup dan apakah tindakan seperti itu akan berlaku? Harry menjawabnya dengan tegas bahawa dia tahu mendiang ibunya akan menyokong segala  tindakannya.

“Saya fikir ibu mesti sangat.. sangat marah dengan semua yang berlaku dan amat dukacita," katanya sambil menambah, "Tapi apa yang ibu mahu adalah melihat kami rasa berbahagia,"

Mendiang Diana bernikah dengan Charles pada 1981 dan menjadi idola seluruh dunia. Di tengah gosip mereka saling mencurangi, ibu bapa Putera William dan Putera Harry itu akhirnya bercerai pada Disember 1992, tiga tahun Puteri Rakyat bersetuju untuk temu bual dengan BBC, dihoskan oleh Martin Bashir.



"Takada seorang pun yang mahu duduk dengan saya, sediakan sekeping kertas dan memberitahu apa yang diharapkan daripada saya. Tetapi itulah, saya masih rasa bertuah kerana menemui peranan dan sangat peka dengan persekitaran. 

"Dan juga gembira bertemu orang ramai.  Ini adalah normal," demikian petikan kata-kata Diana ketika dia mula-mula diperkenalkan ke dalam keluarga di raja itu.

Diana pernah bertarung dengan kemurungan selepas bersalin dan bulimia ketika perkahwinannya menuju keretakan sambil katanya, "saya rasa perlu terus berkhidmat, keluar bekerja dan jalankan tugasan serta tidak membiarkan rakyat kecewa. Saya sokong dan sayangkan mereka. Timbal balasnya, saya sentiasa di khalayak dan ia memberi saya, kekuatan menempuh cabaran."

Selepas selesai bercerai pada Ogos 1996, setahun kemudian dia terbunuh dalam nahas jalan raya di Paris dan dua puteranya sentiasa mengenang ibunya dengan pelbagai penghargaan. 

Dan bila saat Harry dan Meghan pula diuji dengan layanan tak adil, Harry mula bimbang sejarah hitam ibunya akan `berulang`. Kini dia lega berada di luar istana kerana sentiasa dapat berdampingan dengan anak isterinya.


Kredit foto: India Today


Meghan dan Diana turut menjadi tumpuan akhbar Britain yang menyiarkan setiap inci pergerakan dan mereka mengaku tidak mendapat sokongan secukupnya daripada keluarga monarki itu.

"Apa yang saya faham, saya tak dilindungi tetapi mereka sanggup pula menipu untuk melindungi anggota keluarga lain. Mengapa tidak mahu berterus terang untuk melindungi saya dan suami, " kata Meghan tentang betapa `terluka` perasaannya.

Diana berusia 19 tahun, naif ketika bertunang dengan Charles dan berimpian macam kisah puteri dalam hikayat dongeng malah dia ingat sudah bersedia mengatasi apa juga rintangan serta yakin yang dia akan disokong oleh keluarga diraja itu, terutama mentuanya. 

Malangnya tidak berlaku dan perkara yang sama juga ditempuhi oleh cucu menantunya apabila Meghan secara sengaja `dipinggirkan`.  Malah Meghan mengakui tidak menyelidik peraturan apa dan tidak, sebelum melangkah ke istana.

"Saya cuma cintakan Harry dan mahu hidup dengannya. Sememangnya saya tak tahu apapun hal-ehwal istana, tugas seharian dan apakah fungsi sebagai kerabat diraja" katanya.


Kredit foto: Hello! Magazine


Meghan berkata latihan dalam istana tidak diajar sebagaimana yang dipaparkan dalam filem, soal adab, cara duduk, silang kaki. Semua dipelajari secara ekspres dan paling dikesalinya ialah `percaya` akan  cakap bahawa mereka akan`melindunginya pada saat genting' termasuk kutukan oleh pengamal media.

Ketika Diana menghidapi penyakit kemurungan selepas bersalin, Meghan berkata, beberapa kali permintaannya untuk ke tempat tertentu ditolak. Alasannya menjejaskan nama baik istana dan begitu juga Diana, saat meminta bantuan sokongan, tiada siapa yang mahu mendengar rayuannya. 

Masa Diana bercerai, kakitangan istana mula meminggirnya dan "menjadikan saya sebagai sebagai wanita bermasalah dan satu bebanan, " kata Diana pada BBC. 

Perjalanan ke luar negara Diana dibatalkan dan mesyuarat kerap ditangguhkan. 

Begitu juga Meghan diminta `mengurung` diri daripada paparan media dan ada ketika itu, dia hanya dibenarkan keluar istana, dua kali dalam empat bulan. 


Kredit foto: BrightSide


Diana menerima banyak tekanan dari media dan menyebabkan beliau mengambil masa lama untuk memahami kejutan dia dipuja di seluruh dunia. Ingatkan namanya popular disebabkan berkaitan kerja kebajikan Charles. 

Dan begitu juga dengan Meghan, sebaik berkasihan dengan Harry pada 2016, dia dijadikan sasaran media di Britain disebabkan oleh warna kulit dan perkauman. ibu Meghan wanita kulit hitam dari Afrika-Amerika. Istana dikatakan pernah mempersoalkan jika anak-anak pasangan itu berlainan warna kulitnya.

Ketika anggota kerabat lain dilindungi bila berdepan dengan para pengamal media yang berniat`jahat`, Meghan pula dibiarkan terumbang ambing yang mana keistimewaan mendapat perlindungan daripada media itu, tidak pernah dikecapi Meghan. - KitaReporters


The Duke and Duchess of Sussex with their son Archie

2
0
0
0
0
You will be interested