BEKERJA atas sifat profesional, akhirnya
telefilem ‘Pencipta Pegang Waktu’ yang mengandingkan Fauziah Ahmad Daud (Ogy) dan Khir Rahman berjaya selesai penggambaran pada Isnin, 29 Jun 2020. Selama ini, berlaku
pergeseran antara Ogy selaku penerbit dan pemilik Ogy Ventures & Network dengan para pelakon serta tenaga produksi teater, ‘Korupsi Dewan Semandung’ berhubung tunggakan bayaran yang sebelum ini hangat diperkatakan.
: KitaReportersKhir,Ogy dan Que Haidar kelihatan santai ketika berehat daripada menjalani telefilem pada Ahad, 28 Jun 2020. - Kredit foto: IG @CTJasmina
Khir Rahman atau nama penuhnya, Khairulizam Abdul Rahman, 47, selaku pengarah teater itu antara yang menjadi mangsa.
Namun atas sifat profesional, masalah peribadi antara kedua-duanya diketepikan demi memastikan pengambaran drama itu berjalan lancar.
Telefilem ‘Pencipta Pegang Waktu’ adalah lakonan semula Ogy dan Khir yang pertama selepas krisis mereka.
Pada Ahad, 28 Jun 2020 lalu, tersebar foto Khir bersama Ogy, Que Haidar dan Puteri Balkish menjalani penggambaran telefilem tersebut dalam laman Instagram.
Instagram @kak_ogy turut memuatkan beberapa keping gambar penggambaran telefilem itu.
Ogy turut memuatkan foto salah satu babak dalam telefilem 'Pencipta Pegang Waktu'. - Kredit foto: IG @ kak_ogy
Sikap profesional Ogy dan Khir mendapat pujian sejumlah netizen.Telefilem ‘Pencipta Pegang Waktu’ terbitan Bersama Primework Studio dan Gambo TV arahan Zainorhisyam Samsudin (Wak Dol) dengan skrip dihasil oleh Siti Jasmina Ibrahim, isteri Khir.
Telefilem ini turut dilakonkan oleh Que Haidar, Puteri Balqish dan Haidin Nasir.
Pelakon veteran Jalil Hamid yang sudah lama tidak diberi peluang berlakon turut serta.
Siti Jasmina berfoto bersama pelakon veteran Jalil Hamid. - Kredit foto: IG @ctjasmina
Jangan ketinggalan menyaksikannya pada Hari Raya Aidiladha nanti di saluran TV3.
Sementara itu, isu mengenai tunggakan bayaran bagi tenaga penerbitan dan pelakon teater ‘Korupsi Dewan Semandung’ masih belum selesai.
Tarikh akhir bayaran dilangsaikan pada bulan Jun sudah tamat setelah empat bulan tertunda. Kini Ogy masih berdiam mengenai isu tersebut.
Sebaliknya, dia lebih tertumpu mempeluaskan perniagaan makanannya dengan mencari lebih banyak pengedar bagi produk kari ayam dan daging serta sambal bilis belacannya. - KitaReporters
Ogy bersama barisan pelakon dan tenaga teknikal 'Korupsi Dewan Semandung' yang menimbul isu berkaitan kelewatan penyelesaian bayaran.