Insan & Komuniti 26 Nov, 2020

Terima kasih APM Setiu! Bantu bayi umur lapan hari ke klinik

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

ANGKATAN Pertahanan Awam (APM) Daerah Setiu membantu seorang bayi berusia lapan hari untuk dibawa ke Klinik Kesihatan Bandar Permaisuri bagi mendapat rawatan penyakit kuning yang dihidapi oleh bayi itu. Kedua  ibu bapa bayi itu terpaksa meminta pertolongan dengan APM kerana kawasan rumah mereka ditenggelami air sedalam lebih satu meter menyebabkan mereka tidak boleh pergi ke klinik itu pada Rabu, 25 November 2020. : KitaReporters


SEORANG anggota wanita APM Setiu sedang menghulurkan bayi berusia 8 hari kepada suami Wan Aziani Wan Yaacob di atas lori untuk dibawa Klinik Kesihatan Bandar Permaisuri, Setiu pada pagi tadi, Rabu, 25 November 2020. - Kredit Foto : APM Setiu


Lagi cerita-cerita berkaitan APM:

https://kitareporters.com/search?search=APM


Banjir yang berlaku di daerah Setiu, Terengganu sejak dua hari lalu mengakibatkan seramai 125 mangsa banjir telah dipindahkan di enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sehingga pagi tadi. 


WAN Nor Aziani Wan Yaacob menaiki lori APM Setiu. - Kredit Foto : APM Setiu


Dalam  kes berkenaan, ibu bayi terbabit, Wan Nor Aziani Wan Yaacob, 28, yang tinggal di Kampung Besut, Hulu Seladang terpaksa menghubungi APM  selepas mendapati jalan keluar dari rumahnya ditenggelami air akibat banjir melanda di kawasan itu. 

Wan Nor Aziani berkata akibat masalah air banjir tersebut beliau tidak dapat keluar dengan kenderaannya membawa bayinya bagi mendapat rawatan  susulan di klinik berkenaan. 


ANGGOTA APM membawa Wan Aziani untuk menaiki lori


Menurutnya, rawatan anaknya pada Rabu, 25 November 2020  adalah telah ditetapkan dalam temu janji oleh pegawai perubatan di klinik itu. 

``Kalaulah saya menangguhkan rawatan anak saya hari ini saya bimbang pula dengan penyakit itu terhadap anak saya yang baru dilahirkan,’’ ujarnya.  



MOHD NIZU HUSIEN


Pegawai Pertahanan Awam Daerah Setiu, Kapten (PA) Mohd Nizu Husien berkata pihaknya menerima panggilan daripada suri rumah yang terkandas akibat banjir kira-kira pukul 10 pagi tadi. 

Beliau berkata sebaik sahaja mengetahui kejadian itu seramai tujuh anggota APM bersama sebuah lori dan sebuah ambulans telah bergerak ke Kampung Besut itu. 

``Kami menggunakan lori untuk mengambil bapa dan ibu bayi itu di rumah mereka dan selepas itu mereka menaiki ambulans pula untuk pergi ke Klinik Kesihatan Bandar Permaisuri. 

``Anggota kami terpaksa menunggu hampir satu jam di klinik itu kerana apabila siap rawatan bayi itu kami akan hantar pulang  ke rumah mereka yang laluannya ditenggelami air, ‘’ katanya.


SABRI Mohd Noor (dua dari kanan) beramah mesra dengan mangsa banjir di PPS Kampung Bukit Nanas, Sungai Tong, Setiu pada 25 November 2020.


Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Langkap, Datuk Sabri Mohd Noor melawat mangsa banjir PPS Kampung Bukit Nenas dan PSS Merbau Menyusut  pada pukul 5 petang Rabu, 25 November 2020. 

Dalam lawatan lebih sejam itu, Sabri beramah mesra serta bertanya khabar penduduk kampung yang terbabit dengan banjir itu. - KitaReporters

10
1
0
1
1
You will be interested