Insan & Komuniti 13 Apr, 2021

Berita Terkini| Langgar SOP: Neelofa dan suami bakal dikompaun! Kertas siasatan telah dihantar!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


KERTAS siasatan lengkap majlis perkahwinan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Haris Ismail telah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut berikutan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata pihaknya juga mencadangkan kompaun dikeluarkan terhadap pasangan terbabit kerana ingkar SOP berkenaan.

"Kertas siasatan telah diserahkan dan kita cadang pasangan berkenaan dikompaun.

"Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya yang akan putuskan sama ada mereka akan didakwa atau sebaliknya,” katanya yang dipetik oleh Berita Harian pada 13 April 2021.


Kredit foto: MalaysiaGazette


Pada 5 April 2021 lalu, pasangan berkenaan hadir ke balai polis dan polis telah merekodkan keterangan membabitkan majlis perkahwinannya. 

Mohamad Zainal dipetik berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). 

Pada 27 Mac 2021 lalu, Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, PU Riz, 26, di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Isu pelanggaran SOP pada majlis itu timbul selepas tular dalam media sosial satu gambar menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP PKP ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested