Insan & Komuniti 07 Oct, 2021

Muhammad Nafis ketuai bacaan ikrar 4,290 pelajar baharu Minggu Suai Kenal! Secara dalam talian!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

Bacaan ikrar pelajar baharu


PELAJAR Sarjana Muda Perakaunan Muhammad Nafis Aiman Mohamad Khairil dari Kulim, Kedah mengetuai bacaan ikrar Minggu Suai Kenal (MSK) pelajar baharu semester pertama sesi 2021/2022 secara dalam talian bersama 4,290 pelajar lain

Bacaan ikrar pertama kali secara dalam talian sempena pendaftaran pelajar ini disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Madya Dr Hendrik Lamsali; dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof. Dr. Shahimi Mohtar.

Manakala Pendaftar UUM Ahmad Rasidi Abdullah, Dekan-dekan, Ketua Jabatan serta pegawai-pegawai kanan universiti turut menyaksikannya secara dalam talian.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UUM



Prof. Dr. Haim Hilman dalam ucapannya kepada pelajar baharu sesi ini mengucapkan tahniah kerana terpilih untuk melanjutkan pengajian di universiti terkemuka yang berada pada kedudukan 511-520 berbanding dengan kedudukan 531-540 pada tahun yang lalu.

Katanya, walaupun UUM berfokuskan pada bidang pengurusan, namun hal ini tidak menghalang untuk bersaing dengan universiti-universiti lain yang berteraskan sains dan teknologi.

"Universiti ini sebenarnya mampu berdiri setanding atau berada lebih tinggi daripada semua universiti lain asal sahaja kita tidak mudah berputus asa,” sambung beliau lagi.

Menurut Prof. Dr. Haim Hilman lagi, universiti keenam yang menjadi pilihan pelajar untuk melanjutkan pengajian sesi ini juga terbukti dari segi pencapaian kebolehpasarannya yang kini telah mencapai 87.38% siswazah yang berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian pada tahun lalu (2020), sekali gus menunjukkan bahawa UUM telah meletakkan satu standard yang baik kepada para majikan.


Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor UUM Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah berucap di majlis bacaan ikrar pelajar baharu.


Beliau menambah dalam keadaan dunia pekerjaan sekarang yang sangat mencabar, ditambah pula dengan kemelut COVID-19 yang masih belum surut mengharapkan usaha gigih dalam kalangan pelajar agar dapat bersaing untuk menjadi yang terbaik, termasuklah dengan mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik, sekali gus membahagiakan ibu bapa dan waris yang menaruh harapan untuk melihat kejayaan ana-anak nanti.

“Kita tidak menafikan pandemik Covid-19 secara tidak langsung telah mengubah cara hidup manusia dalam bersosial termasuk corak pengajaran dan pembelajaran (PdP) juga telah berubah demi memastikan kelangsungan pendidikan dan penyampaian ilmu terus berlaku namun  proses PdP yang dikendalikan secara dalam talian ini bukanlah kaedah yang asing kerana murid sekolah rendah, menengah, persatuan-persatuan, komuniti, kelab-kelab dan jabatan-jabatan juga mengendalikannya secara dalam talian,” sambung beliau lagi. 


Majlis bacaan ikrar secara dalam talian yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Majlis Suai kenal (MSK).  


Oleh itu pelajar baharu dan lama dari kampus ini diminta untuk terus berdoa agar COVID-19 ini dapat dibendung seterusnya proses pembelajaran secara bersemuka akan dapat diadakan nanti.

Walaupun kaedah pembelajaran dalam talian ini meninggalkan banyak kesan dari segi mental dan fizikal dalam kalangan pelajar ibu, bapa dan waris, namun pihak UUM sentiasa mengutamakan kebajikan pelajarnya termasuk menyediakan pelbagai bantuan seperti kewangan, khidmat nasihat, sesi kaunseling dan bantuan-bantuan lain yang diperlukan.

“Oleh itu sentiasalah berhubung dan mendapatkan maklumat serta bantuan tanpa rasa gusar mahupun malu, kerana kita merupakan keluarga yang besar,” kata beliau dalam ucapannya yang turut disaksikan secara dalam talian oleh semua ibu, bapa dan waris pelajar.

Terdahulu Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UUM, Muhammad A’linur Ahlam Abu Bakar turut berucap mengalu-alukan kehadiran pelajar baharu ke kampus ini. - KitaReporters


12
9
0
15
0
You will be interested