Kisah Insan 18 Oct, 2020

Tahniah Awie! Bomba Besut lantik jadi anggota sukarela JPBM

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

BINTANG orang kelainan upaya (OKU), Mohamad Najmi Daud, 31, dari Kuala Besut,Terengganu, terus bersinar apabila semakin banyak pihak yang bersimpati dan berminat menyampaikan penghargaan selepas kejayaan beliau menemukan mayat seorang buruh yang mati lemas di sungai berhampiran jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Besut pada 9 Oktober 2020 lalu. : KitaReporters


Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Daerah Besut Mohamad Jusoh (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Hero Kuala Besut, Awie (tengah).


Lagi cerita-cerita berkaitan Najmi Daud:

https://kitareporters.com/search?search=najmi+daud


Mohd Najmi yang mendapat jolokkan “Hero Kuala Besut” susulan kejayaannya membantu pasukan penyelamat menemukan mayat mangsa lemas terbabit tidak putus-putus mendapat penghargaan terutama dari agensi penyelamat. 

Dia yang berkemahiran dalam bidang menyelam walaupun sifatnya tidak seperti manusia biasa, tetapi dia mampu melakukan kerja mencabar terutama menyelam di dasar sungai dan laut.

Selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Besut dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, menyampaikan surat penghargaan dan sedikit imbuhan kewangan kepada beliau, terbaharu Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM), Balai Bomba dan Penyelamat Kampung Raja, Besut pula turut berbuat demikian.

Mohd Najmi atau lebih dikenali penduduk tempatan dengan panggilan “Awie” diberi penghargaan oleh JPBM kerana menghargai sumbangan beliau membantu pasukan itu dalam usaha menyelamat mangsa lemas.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut Mohamad Jusoh


Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Besut, Mohamad Jusoh berkata, pihaknya sudah melantik Awie sebagai anggota bomba sukarela untuk membantu kerja-kerja berkaitan menyelamat mangsa lemas di daerah Besut.

Katanya, selepas dilantik sebagai anggota sukarela jabatan, beliau layak menerima insuran dan latihan menyelamat mangsa di air secara profesional.

Majlis penyerahan surat lantikan dan sumbangan kewangan kepada Awie diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Kamung Raja, pada Rabu14 Oktober 2020 lalu.

Mohamad berkata, pihak bomba akan melakukan pemantauan ketika Awie ditugaskan melakukan kerja penyelaman mencari mangsa lemas. Beliau berkata, jika berlaku kes mati lemas di sekitar daerah Besut jika perlu pihak bomba akan memanggil Awie untuk membantu anggota menjalankan tugas berkaitan.

“Kita juga ada perancangan untuk mencalonkan nama Awie kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu untuk memberi surat penghargaan kepada beliau,” katanya. - KitaReporters


Pengerusi Bomba Sukarela Pulau Perhentian Mohd Affandi Mat (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan wang pasukan kepada Awie

You will be interested

Laporan polis! Doktor sebabkan bayi lahir kepala terputus?

Seorang ibu, sepatutnya lakukan caesarean, bersalin secara normal di sebuah hospital di Brazil. Akibatnya kepala bayi terputus semasa ditarik keluar oleh doktor

Khabib bersara! Petua Khabib menang 29 kali adalah ayahnya!

Tak mungkin saya ke sini lagi tanpa ayah. Saya berjanji dengan ibu dan saya perlu tunaikan, hari ini pertarungan terakhir saya dalam UFC - Khabib Nurmagomedov
Sarfarizmal Saad in Kisah Insan 6 hours ago

Pasal hutang beli online game je! Budak bunuh rakan sendiri!

Kerana sakit hati dan marah kepada rakannya yang tak membayar hutang untuk membeli online game, seorang kanak-kanak berusia 16 tahun tergamak membunuh rakannya
Zul Akmar Jamaludin in Kisah Insan 13 hours ago

Pesara askar rayu bantuan JKM! Anaknya OKU hidup terlantar!

Pesara tentera, Arrifin Mat Lazim rayu JKM agar bantuan untuk anaknya seorang OKU yang hidup terlantar dan tidak dapat bergerak atau berjalan disambung semula
Adnan Mohamad in Kisah Insan 1 day ago

Bantuan tiba! Untuk berkeperluan di Taman Negara Kuala Tahan

Sumbangan barangan keperluan dapur oleh Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan dan ADUN Tahan, Mohd Zakhwan kepada seramai 400 penduduk Taman Negara Kuala Tahan
Haris Fadilah Ahmad in Kisah Insan 1 day ago