Antara pengusaha begitu terkesan ialah Juara Akademi Fantasia musim 5, Mira Jirin, 32, yang mempunyai khIdmat pakej perkahwinan melibatkan katering dan dewan majlis makan dikenali sebagai Bizmilla Catering.
Mempunyai puluhan pekerja, Mila terpaksa mengeluarkan kira-kira RM200,000 sebulan untuk membayar gaji pekerja dan operasi syarikat.
Sebelum ini, dia pernah melakukan perniagaan jualan kek iaitu Cakesmilla. Tetapi kini dia melakukan perniagaan baharu yang asing baginya iaitu menjual durian kelas premium.
Tempat jualannya ialah di No 17, Jalan PP 16/4, Perdana Industrial Park, Taman Putra Perdana di Puchong, Selangor.
Menurutnya, dia tidak malu kini menjadi tauke durian demi membayar gaji pekerja dan operasi syarikatnya.
Menurut Mila dalam IG-nya mira_jirin, durian pelbagai jenis itu diperolehi dari Balik Pulau di Pulau Pinang serta dari Johor dan Pahang.
Durian-durian itu tidak dijual secara sebiji sebiji, sebaliknya dikupas dan dijual tanpa biji dengan harga RM15 sekilo, bergantung kepada jenis.
Antara jenis durian yang dijual ialah Durian Kampung, Durian Kawin, Durian Kun Pho (Isi Kuning), Durian Ang Hay (Udang Merah), Durian Hor Lor, Durian IOI, Durian Musang King dan Durian Black Thorn.
Penghantaran ke rumah juga dilakukan bagi sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Menurut Mila, dia turut menerima panggilan telefon dan WhatsApp dari kawan-kawan yang bertanyakan perniagaan baharunya.
Dia tidak malu melakukan pekerjaan menjual durian, malah mungkin akan menjadi salah satu cabang perniagaannya.
Restoran Mr Botak mula dibuka mula 10 Jun 2020.
Mira diumumkan sebagai juara Akademi Fantasia musim kelima pada 19 Mei 2007.
Wanita dari Balik Pulau, Pulau Pinang ini menjadi penyanyi wanita pertama menjuarai Akademi Fantasia selepas didominasi oleh kaum lelaki iaitu Vince, Zahid, Mawi, dan Faizal.