Sumbangan berbentuk wang dan barangan keperluan itu disampaikan sendiri oleh Saifuddin di kediaman tiga artis terbabit pada Sabtu, 20 Jun 2020 lalu.
Turut hadir ialah Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan Ahli Lembaga FINAS, Datuk Seri Eizlan Yusof dan Rozita Waty Ridzuan, selaku Pengarah Pembangunan Industri/Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan FINAS.
Sumbangan itu diberi sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap artis veteran dan penggiat seni yang kurang bernasib baik, kata FINAS dalam kenyataan media dalam Instagram @finasmalaysia.
Saifuddin berkata, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM200,000 yang diserahkan kepada beberapa persatuan seni untuk diagihkan kepada artis terbabit.
Selain menyampaikan bantuan dan bertanya khabar, Saifuddin turut mengambil peluang mendengar luahan mereka terutama perkara berkaitan industri seni.
Fauziah Nawi, 66, adalah antara pelakon veteran berwatak yang mampu membawa pelbagai watak. Selain itu pernah menjadi pengarah teater dan drama TV.
Fauziah juga pernah menjadi penari, penyanyi dan penyiar radio siaran bahasa Inggeris di RTM.
Kini dia tinggal di Taman Melati, Setapak, Kuala Lumpur.
Mimi Loma atau Aminah Ismail, 74, merupakan adik kepada Saloma.
Dia mula dikenali sebagai pelakon apabila muncul dalam filem Ahmad Albab membawa watak Suhara. Nama Mimi Loma diberi oleh abang iparnya, Tan Sri P Ramlee.
Dia lebih berjaya sebagai penyanyi berbanding bidang lakonan. Antara lagu popularnya ialah ‘Bawah Rumpun Bambu’ dan ‘Epok Epok’.
Kini dia tinggal di perumahan PPR, Seri Semarak, Kuala Lumpur.
Sementara itu, Abu Bakar (Mohd) Juah, 76, merupakan antara pelakon yang muncul dalam drama RTM sejak hujung tahun 1970-an.
Jawatan terakhirnya sebagai Pengarah Kanan Penjara Taiping.
Cuma kegiatan seninya terhenti apabila mendapat penyakit kanser. - KitaReporters
@finasmalaysia : #LensaFINAS
Program: FINAS Prihatin Bersama YB Dato' Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia dan Penggiat Seni
Tarikh: 20 Jun 2020
Tempat: Sekitar Lembah Kelang
Objektif: Penyampaian sumbangan oleh kerajaan kepada penggiat seni, sesi ziarah serta jaringan sinergi industri YB Menteri KKMM dan FINAS bersama para penggiat seni negara, Seniwati Mimi Loma, Seniwati Fauziah Nawi dan Seniman Abu Bakar Juah.