Insan & Komuniti 24 Jan, 2021

Tolong kami! Bantu Nor Hasliza! Ibu terharu anak sakit kronik jantung! Rayu bantuan kewangan!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Tuan Hafiezudin Tun Sharin ketika mendapat rawatan di HSNZ Kuala Terengganu.


“SUDAHLAH berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tak dapat melakukan apa-apa kerja. Ditambah pula dengan keadaan anak yang memerlukan kewangan yang banyak untuk kos rawatan hospital,” begitulah keluhan seorang ibu Nor Hasliza Mat Said, 41, dari Kampung Keluang, Besut, Terengganu.

Anaknya, Tuan Hafiezudin Tuan Sharin, 21, yang menderita kerana menghadapi masalah penyakit injap jantung kronik (Chronic Rheumatic Heart Disease atau CRHD) dan terpaksa melakukan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang  pada Khamis 28 Januari 2021.


Lagi kisah-kisah memilukan berkaitan Tolong Kami:

https://kitareporters.com/search?search=tolong+kami


Surat pengesahan yang dikeluarkan oleh HSNZ Kuala Terengganu


Katanya, sebelum ini Tuan Hafiezudin pernah mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, tetapi pihak hospital terbabit mencadangkan supaya membuat pemeriksaan dan rawatan susulan di HTAA  Kuantan kerana di Terengganu tidak ada kepakaran dan kelengkapan.

Bagaimanapun, katanya, apa yang merisaukan ialah kos untuk rawatan tersebut dianggarkan antara RM30,000 hingga RM50,000.

“Saya tidak mampu untuk mencari sejumlah wang yang diperlukan kerana bekerja sebagai peniaga kecil di kampung,” katanya.


Tuan Hafiezudin Tuan Sharin bersama isterinya dan anak perempuan mereka yang berusia empat bulan


Malah, Nor Hasliza terpaksa memikul tanggungjawab untuk turut menjaga Tuan Hafiezudin bersama isteri serta seorang anak mereka yang berusia empat bulan sejak anak lelakinya itu menderita sakit jantung.

Penderitaan pesakit tersebut yang memerlukan bantuan kewangan untuk mendapat rawatan  menyebabkan ramai dalam kalangan netizen yang mengikuti Facebook Kumpulan Anak-Anak Jertih Besut (AAJB) bersimpati dan ada yang sudah memberi sedikit sumbangan.


Penderitaan Tengku Hafiezudin tular dalam media sosial


Nor Hasliza berkata, beliau sebenarnya malu untuk memohon simpati orang ramai bagi mendapat bantuan, tetapi disebabkan ada yang memujuknya untuk dihebohkan menerusi media sosial, maka dia beralah dan bersetuju.

Pun begitu beliau berterima kasih kepada pentadbir AAJB, Bob Azha kerana sudi membantu merapatkan ahli AAJB dengan beliau sambil menghulurkan sumbangan.

Nor Hasliza berkata, disebabkan anaknya tidak dapat melakukan rawatan di HSNZ Kuala Terengganu, demi menyelamatkan anaknya dia terpaksa akur dan memilih Hospital Kuantan walaupun jauh.


Tuan Hafiezudin perlukan bantuan kewangan hingga RM50,000 untuk kos rawatan di hospital.


“Doktor memaklumkan kepadanya dua injab jantung anaknya terpaksa ditukar kepada injab besi kerana keadaan sekarang sudah 95 peratus tidak berfungsi,” katanya.

Jika ada pihak yang bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga tersebut bolehlah menghubungi Nor Hasliza Mat Said menerusi talian 017-9275240 manakala untuk yang sudi memberi sumbangan bolehlah menggunakan akaun bank anaknya Tuan Hafiezudin Tuan Sharin, No Akaun: 7625855711, CIMB Bank. - KitaReporters

0
0
3
0
0
You will be interested