Insan & Komuniti 30 Jan, 2021

Terima kasih redONE! Agih bantuan makanan! Kepada mangsa banjir terjejas teruk di Pantai Timur

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

SALAH seorang dari team redONE menyerahkan beg bantuan makanan kepada Dr. Megat Suhaimi  Megat Idrus (kanan) di Chukai, Kemaman, Terengganu. - Kredit foto: redONE 


REDONE Network Sdn. Bhd. (redONE), sebuah syarikat telekomunikasi kini  melebarkan sayapnya pada program kemasyarakatan apabila ia mengagihkan 900 beg barangan makanan kepada mangsa banjir yang terjejas teruk di kawasan Pantai Timur, baru-baru ini. 

Menerusi program Tanggungjawab Sosial Koporat (CSR) syarikat itu yang membabitkan tiga negeri iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang masing-masing mendapat bantuan tersebut sebanyak 300 beg bagi satu negeri. 


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan mangsa banjir:

https://kitareporters.com/search?search=mangsa+banjir


Kredit Foto : redONE


Pengurus Jualan Kawasan Pantai Timur,  Steven Yong berkata, redONE turut bersimpati terhadap mangsa-mangsa banjir yang mengalami kerugian di tiga negeri terbabit. 

Beliau berkata sebagai tanda simpati pihaknya menghulurkan bantuan makanan keperluan harian kepada mereka yang terjejas teruk akibat banjir itu yang disalurkan kepada pihak kerajaan untuk diagihkan kepada mangsa banjir. 

``Saya berharap dengan sumbangan yang ikhlas ini bukan sahaja dapat menampung perbelanjaan mereka sebaliknya prihatin kami terhadap mangsa banjir berkenaan. 

``Ini juga merupakan sebahagian bantuan kami melalui tanggungjawab sosial kami kepada orang ramai yang menghadapi musibah terutama di kawasan Pantai Timur,’’ katanya pada Majlis Penyerahan Bantuan Beg Makanan di Chukai, Kemaman, Terengganu pada 21 Januari 2021 lalu.

Sumbangan beg makanan itu diserahkan kepada Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Kawasan Chukai, Dr. Megat Suhaimi Megat Idrus yang mewakili Wakil Rakyat Kawasan Chukai, Hanafiah Mat.


Kredit Foto : redONE


Hadir sama di program itu ialah Pengurus Jualan redONE cawangan Terengganu, Gan; Pengurus FSM, Jensen; dan Pengurus Projek, Aiman Fazran

Sementara itu, Steven Yong memberitahu, redONE telah menawarkan pelan terbaharu data serta penggilan tanpa had dengan kadar harga RM50 sebulan untuk para penggunanya. 

Menurutnya, pelanggan boleh mengekalkan nombor sedia ada (lama) untuk bertukar kepada talian redONE tanpa dikenakan sebarang pembayaran pendahuluan selain mereka yang disenarai hitam juga boleh mendaftar pelan pascabayar tanpa kontrak. - KitaReporters

1
0
0
0
0
You will be interested