Insan & Komuniti 18 Dec, 2020

Video| Sayu hati Ustaz Ebit! Lihat pemandu teksi satu tangan

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

PENCERAMAH bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi lagi satu kisah terbaharu kali ini apabila beliau menemui sebuah teksi rosak yang dipandu oleh seorang lelaki hanya memiliki sebelah tangan untuk mencari rezekinya di tepi jalan di ibu kota, Kuala Lumpur, pada Khamis 17 Disember 2020. : KitaReporters


PEMANDU teksi yang mempunyai sebelah tangan kiri membuka bonet teksinya untuk menunjukan kerosakan injin kepada Ustaz Ebit Lew pada 17 Disember 2020. - Kredit foto: Ebit Lew


Lagi kisah-kisah berkaitan Ustaz Ebit Lew:

https://kitareporters.com/search?search=ebit+lew


Sayu hati Ebit Lew sebaik sahaja beliau menghampiri teksi yang rosak itu kerana pemandunya seorang Orang Kurang Upaya (OKU) mempunyai sebelah tangan sahaja iaitu tangan kiri manakala tangan kanan pemandu terbabit tiada selepas terlibat kemalangan jalan raya. 

Melalui perkongsian dalam laman Facebooknya, Ebit Lew berkata pemandu teksi yang dipanggil pakcik itu kehidupannya untuk menyara ahli keluarga hanya bergantung pendapatannya semata-mata kepada teksi tersebut sejak 14 tahun lalu. 

Beliau berkata, pakcik itu bekerja kuat setiap hari dan selama lapan jam sehari, tetapi pendapatannya hanya sekitar RM15 hingga RM20 sahaja. 


Kredit foto: FB Ebit Lew


 


``Apa yang menariknya, pakcik itu memandu teksi dengan menggunakan sebelah tangan untuk mencari nafkah bagi menyara keluarganya termasuk dua orang anaknya yang masih bersekolah. 

``Sekarang teksi rosak di tepi jalan, pakcik tak ada duit untuk baiki jadi saya akan bantu dan saya tolong uruskan teksi itu ke bengkel selain saya akan bayar baiki segala kerosakan teksi itu,’’ katanya lagi. 

Jikalau Ebit Lew tidak berbuat demikian sudah pasti kehidupan pemandu teksi itu yang selama ini menjadikan teksi sebagai pendapatan utama bagi perbelanjaan keluarganya semakin terjejas. 

Ia apatah lagi pakcik terbabit tidak dapat melakukan perkerjaan lain yang sesuai baginya kerana pemandu teksi  itu hanya ada sebelah tangan  sahaja.  



Sebelum itu, melalui halaman Facebooknya lagi, Edit Lew berkata beliau menemui pemandu teksi itu semasa beliau berjalan-jalan sekitar bandar ibu kota pada Khamis 17 Disember 2020 lalu tersempak sebuah teksi yang tersadai di tepi jalan berkenaan dari jauh. 

Apabila teksi itu selesai dihantar ke sebuah bengkel, Edit Lew memberi pula wang perbelanjaan untuk keluarga pakcik dan alangkah terkejutnya serta sebak hati pemandu teksi  dengan sumbangan dari ustaz itu kerana Ya Allah banyaknya! - KitaReporters

6
1
0
0
0
You will be interested