Insan & Komuniti 28 Dec, 2020

Video| Bank tersilap pindah wang! Ruth Ballon jadi jutawan!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

SEORANG wanita di Texas, Amerika Syarikat menerima kejutan besar dalam hidupnya selepas memeriksa akaun bank dan melihat sebanyak AS$37 juta (RM146 juta)  ‘wujud’ di dalam akaun peribadinya, baru-baru ini. Memetik laporan portal Dailystar.com, Ruth Ballon yang baharu diberhentikan kerja tergerak hati memeriksa akaun bank dan terkedu melihat sejumlah wang di dalam akaun miliknya. : KitaReporters


RUTH Ballon (kiri), jutawan seminit selepas memindahkan semula wang bukan miliknya kepada bank. - Kredit foto: CBS


Wanita berusia 35 tahun dari Dallas itu menyangka sejumlah wang itu adalah pemberian daripada seseorang kepada dia sekeluarga sempena sambutan Krismas baru-baru ini sebelum menghubungi Bank Legacy Texas bagi mendapat kepastian mengenai wang berkenaan.

Bagus… jarang jumpa individu yang jujur seperti dia.



“Saya tergerak hati untuk melihat baki wang yang ada dalam bank, namun alangkah terkejut melihat sejumlah AS$37 juta itu di dalam akaun. 

“Saya cuba menghubungi khidmat pelanggan bagi mendapat kepastian tapi perkhidmatan itu tergendala sebelum bergegas ke bank berkenaan,” ujarnya wanita berusia 35 tahun itu.

Katanya dia tidak menyangka sejumlah wang itu berada di dalam akaunnya dan menjadi jutawan sekelip mata.

Ballon kemudian terus menghubungi suaminya, Brian yang awal menyangka itu adalah perbuatan penggodam. 

Bagaimanapun, selepas pihak bank membuat pemeriksaan, bank terbabit mengakui berlaku kesilapan ketika pemindahan yang dilakukan. 


Kredit foto: CBS


TERKEJUT melihat penyata kewangan di dalam akaunnya dan menyangka wang tersebut dihadiahkan oleh seseorang kepadanya.


Sementara itu, Bank Legacy Texas dalam kenyataan memaklumkan berlaku kesilapan teknikal ketika proses pemindahan menyebabkan wang pelanggan dari luar negara dan tersalah masuk ke dalam akaun Ballon.

Walaupun hanya bergelar beberapa minit sebagai jutawan, ibu muda itu menyimpan hasrat untuk menggunakan sejumlah kecil daripada wang untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan selain menggunakan wang yang ada itu untuk melabur dalam bidang hartanah.

Mulianya awak! Ada niat untuk bantu orang lain.


MEMOHON maaf di atas kesilapan teknikal menybabkan pihak bank tersalah membuat pindahan wang ke dalam akaun Ballon.


“Walaupun berlaku pemindahan sebenar ke dalam akaun saya tapi wang itu bukan milik kami. Saya tidak mungkin dapat mengeluarkan wang  berkenaan jadi saya sekadar mahu berangan untuk melakukan perkara sedemikian,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, Ballon berharap pihak bank memberi penghargaan di atas kejujuran dirinya yang terus menghubungi pihak bank.

Nasib baik Ballon adalah seorang yang jujur dan bertanggungjawab. Bayangkan yang menerima itu individu yang tidak bertanggungjawab pasti joli katak.

Itulah pentingnya kejujuran dalam kehidupan! Semoga ada kebaikan menunggu Ballon dan keluarga pada masa hadapan nanti! - KitaReporters

2
4
1
1
0
You will be interested