Kisah Insan 25 Apr, 2020

GURU DUDUK GOYANG KAKI? JANGAN HINA KAMI!!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

“PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menyekat penularan Covid-19 bukan bermakna kami boleh duduk goyong kaki, tanpa melakukan apa-apa untuk anak murid kami, kerana sebagai pendidik kami mempunyai tanggungjawab membela anak bangsa. : KitaReporters


“Tuduhan yang dilemparkan kepada kami agak keterlaluan, memperkecilkan kredibiliti kerjaya pendidik kononnya arahan PKP dan sekolah ditutup, semua guru tidak dapat menjalankan tugas sebagai guru, duduk berehat di rumah.

“Mereka yang membuat tuduhan itu seharusnya celik teknologi termasuk dalam pendidikan negara yang kini sudah jauh maju ke depan, sepatutnya kesempatan begini untuk mereka sebagai ibu bapa ambil peduli pelajaran anak,” kata sebahagian guru yang mengulas pelbagai tuduhan dilemparkan kepada golongan pendidik termasuk seorang pengguna Facebook berikutan PKP yang ditular baru-baru ini.

Keratan dalam laporan BHOnline awal bulan ini.


Tuduhan itu turut menarik perhatian Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia yang menggangap sebagai perbuatan biadab dan tidak bertanggungjawab

Bagaimanapun pengguna Facebook berkenaan sudah memohon maaf.

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Rengit, Batu Pahat, Johor, Anuar Ahmad, berkata PKP telah memaksa sistem pendidikan melakukan satu anjakan paradigma yang besar dan drastik.

Sehubungan itu menurutnya, guru-guru telah merancang, menyedia dan menyampaikan bahan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersesuaian mengikut keupayaan serta menggunakan medium komunikasi dan aplikasi yang boleh diakses oleh murid.

E-Class yang dikendali Cikgu Anuar boleh dilayari YouTube secara percuma untuk semua murid seluruh negara.


Beliau yang popular dengan gelaran Cikgu Bob, berkata melalui Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan (BSTP), pelbagai aktiviti pendidikan secara e-pembelajaran telah dirancang dan dijalankan seperti  Cikgootube dengan menyediakan video-video pengajaran

Video pembelajaran yang disediakan oleh guru-guru itu pula telah dikongsi di YouTube untuk tontonan murid secara percuma.

“Murid yang mengikutinya pula boleh menyiapkan latihan yang disediakan kemudahan berhubung dengan guru terbabit bagi mendapatkan penerangan dan sebagainya menerusi Telegram atau WhatsApp. 

"Justeru tidak timbul isu mengatakan guru-guru hanya berehat semasa PKP,” katanya.

Cikgu Anuar Ahmad dan isterinya Cikgu Zurina Salam melihat latihan yang dibuat oleh murid menerusi laptop di rumahnya. 


Cikgu Mohamad Tarmizi menubuhkan Channel YouTube Sir Mizie untuk membimbing murid di mana saja berada bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris.


Guru Akademik SK Ulu Muanad, Beluran, Sabah, Mohamad Tarmizi Mohamad, pula berkata dia menubuhkan Channel YouTube Sir Mizie bagi menyampaikan proses PdP Bahasa Inggeris untuk diikuti oleh semua murid dan juga rakan guru seluruh negara bagi berkongsi maklumat.

Katanya, dia terpaksa meluangkan masa lebih tiga jam atau empat jam sehari menyiapkan bahan PdP itu bagi memastikannya bermutu serta berkualiti sebelum disiarkan dalam YouTube. 

Dia juga sentiasa membuat penambahbaikan bahan itu untuk siaran berikutnya.

Contoh latihan yang disiapkan oleh murid di WhatsApp kepada Sir Mizie untuk diperiksa.


“Murid yang mengikuti proses PdP itu akan menyiapkan latihan yang diberikan kemudahan menghantar kepada saya menerusi Telegram atau WhatsApp untuk memeriksanya, situasi itu tidak ubah seperti berada dalam kelas,” katanya.

Sementara itu, Guru Besar SK Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor, Khairul Anuar Abdul Azid, berkata pihak guru tidak pernah lupa tanggungjawab terhadap murid mereka, sebaliknya meneruskan PdP menerusi medium Google Classroom dan Google Meet.

Menurutnya, dia menekan proses PdP dalam talian (online) dalam kalangan guru sekolah itu apabila PKP dilaksanakan dengan meminta mereka berkongsi apa sahaja maklumat pembelajaran  bersama murid, manakala ibu bapa boleh mengaksesnya secara langsung.

Khairul Anuar Abdul Azid melihat tugasan yang diberikan kepada murid secara online di rumahnya. 


“Bagi murid yang tiada peralatan komputer seperti laptop mereka boleh berkongsi proses PdP melalui WhatsApp kelas masing-masing seterusnya menyiapkan latihan yang diberikan, dalam hal ini guru bukan berehat seperti didakwa itu pada masa PKP,” katanya.

Khairul Anuar Abdul Azid 


Bagi Guru Bahasa Inggeris, Sekolah Menengah Kebangsaan Permas Jaya 2, Pasir Gudang, Johor, Roszaidi Ramlee, komitmen dan semangat warga pendidik mencurahkan ilmu kepada murid tidak seharusnya dipersoalkan kerana mereka sentiasa bersedia dari segi fizikal dan mental.

Beliau berkata, bersama rakan pendidik dan sokongan pentadbiran yang proaktif kami mewujudkan jadual pembelajaran khas PKP yang membabitkan murid dan guru sekolah itu supaya proses PdP dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Roszaidi Ramlee melihat latihan yang akan disiapkan murid oleh di rumah di Pasir Gudang .


 Menurutnya, guru mula membina akaun bagi aplikasi berkaitan pendidikan dalam talian seperti Google Classroom, Zoom, Kahoot, YouTube, Quizzez dan sebagainya membolehkan murid mengikuti proses PdP secara santai serta tidak membosankan.

“Kami  perlu menyediakan dokumentasi bagi setiap sesi PdP dan data kehadiran murid disemak oleh guru mata pelajaran terbabit untuk makluman dalam group WhatsApp ibu bapa. 

"Proses PdP berjalan lancar dan mendapatkan sokongan baik daripada ibu bapa yang memantau anak mereka di rumah,” katanya.

Roszaidi Ramlee sentiasa berhubung dengan guru lain bagi memastikan murid memanfaatkan ilmu yang disalurkan secara maya itu.


BSTP banyak membantu guru untuk menimba ilmu dan memantapkan PdP mereka menerusi Internet. 


Seorang guru yang enggan namanya disiarkan, berkata sokongan e-learning yang dianjurkan pelbagai pihak termasuk BSTP banyak membantu guru memantapkan PdP mereka.

“Murid dapat melihat secara live dan berinteraksi secara langsung dengan guru mereka serta mengikuti slot kuiz yang disediakan untuk mengukuhkan kefahaman mereka. 

"Ini secara tidak langsung membuktikan guru tidak berehat semasa PKP ini,” katanya. - KitaReporters

25
4
0
0
2
You will be interested

Syamsul Yusof yang multi-talented! Karya terus dapat sambutan hebat! Tak perlu gimik, raih simpati!

Semenjak Syamsul Yusof terlibat dalam pengarahan filem sama ada sebagai pelakon, penulis skrip, penerbit boleh dikatakan setiap filem itu pasti pecah panggung

Video| Nekad jalan kaki ke Mekah! Ambil masa hampir 11 bulan, sejauh 6,500km, melalui 11 negara!

Dengan ambil masa hampir 11 bulan, Adam Muhammad dari England akhirnya tiba di Mekah, Arab Saudi pada 28 Jun 2022 lalu dengan berjalan kaki merentasi 11 negara
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 1 day ago

Video| Tragis! Bayi perempuan maut digigit ibu kandung sendiri! Dipercayai alami gangguan mental!

Bayi perempuan usia 3 bulan meninggal akibat digigit ibu kandung di Desa Rasabou, Bima, Nusa Tenggara Barat (NTB). Wanita itu dipercayai alami gangguan mental
Amil Abdullah Saiby in Kisah Insan 2 days ago

Tolong kami! Bantu Bob Lokman! Rayu bantu biayai rawatan! Andai pergi dahulu, nanti maafkannya!

Saya hanya berserah pada Tuhan sahaja. Usaha apa yang patut. Itulah andai saya pergi dahulu nanti maafkan saya. Saya pun tak tahu berapa lama lagi - Bob Lokman
Jamliah Abdullah in Kisah Insan 3 days ago