Insan & Komuniti 31 Mar, 2020

TQ SPRITZER! AIR UNTUK PETUGAS BARISAN DEPAN

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this
PRIHATIN dengan nasib petugas hospital dan pasukan keselamatan negara yang bertungkus-lumus bertugas pada saat negara dilanda musibah, pengeluar air mineral tempatan, Spritzer Bhd. (Spritzer) tampil membekalkan air minuman keluaran syarikat itu secara percuma kepada mereka. : KitaReporter.

WAKIL Spritzer menyerahkan bekalan air mineral kepada pasukan polis dan tentera yang bertugas dalam menjaga keselamatan negara di saat negara dilanda musibah. - Kredit foto: Spritzer


Bekalan air mineral berkenaan telah dihantar ke beberapa buah hospital dan balai polis di seluruh negara untuk diagihkan pasukan yang bertugas.

Menerusi satu kenyataan, Spritzer memaklumkan akan menyambung penghantaran bekalan tersebut ke seluruh liputan lokasi yang terbabit dalam memerangi penularan wabak penyakit Koronavirus-2019 (COVID-19) ini.

Bagusnya!… inilah semangat yang kita perlukan pada saat ada rakyat yang berdepan dengan tugasan dan kesusahan.

Menurut jurucakap Spritzer, pihaknya menghargai segala usaha yang dijalankan pasukan keselamatan negara ketika ini yang berterusan membantu menangani wabak yang berasal dari Wuhan, China itu.

BEKALAN air mineral Spritzer akan diagihkan ke balai polis dan hospital seluruh negara dalam masa terdekat.


“Kami amat berterima kasih dan menghargai semua usaha yang diberikan oleh pasukan keselamatan, petugas kesihatan, rakan-rakan media, para penguat kuasa dan lain-lain yang tidak putus-putus bekerja tanpa henti bagi memerangi COVID-19 ini.

“Tiada kata-kata yang boleh menghargai segala jasa anda semua. 

"Sumbangan kecil kami ini tidak mampu untuk membalas segala usaha dan pengorbanan besar kepada negara,” kata wakil Spritzer dalam kenyataan tersebut.

Agihan minuman itu bukanlah kali pertama syarikat pengeluar air mineral itu menjalankan tanggungjawab sosial korporat, sebaliknya pihaknya sentiasa prihatin kepada golongan yang memerlukan.

TANGGUNGJAWAB sosial Korporat (SCR) itu dilakukan bagi menghargai pengorbanan setiap petugas barisan depan yang bertungkus-lumus memerangi pandemik COVID-19 di negara.


Januari lalu, Spritzer telah menyumbang bekalan minuman kepada petugas barisan hadapan di China ketika negara tersebut memerangi pandemic COVID-19.

Dalam masa sama, agihan sama turut diberikan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dengan membekal air minuman untuk pasukan tersebut.

Semoga Spritzer teruskan amalan murni ini di saat pihak lain memerlukan. Terima kasih Spritzer! KitaReporters

Laporan dan statistik terkini mengenai COVID-19 di https://kitareporters.com/coronavirus



1
7
0
0
0
You will be interested