SELALUNYA kanak-kanak agak sukar untuk menelan ubat. Namun ada juga orang dewasa yang mempunyai masalah yang sama untuk menelan ubat sehingga ada yang akan memuntahkannya semula.
Seorang pemuda dalam TikTok berkongsikan tip untuk memudahkan semasa makan ubat yang sangat mudah agar ubat tersebut tidak dibazirkan dengan sengaja.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ubat-ubatan
Apa yang dilakukan oleh pemuda ini ketika ingin memberikan isterinya ubat dengan meletakkan ubat dalam aiskrim sehingga menjadi bualan netizen yang melihatnya.
Ini kerana isterinya agak sukar untuk menelan ubat, jadi inilah alternatif yang beliau pilih dengan meletakkan ubat sebiji yang telah digaulkan dengan aiskrim.
Rata-rata netizen yang melihat video ini sangat teruja dan mengucapkan terima kasih kerana ini idea yang baharu dan tidak pernah terfikir oleh mereka semua untuk menyuap anak-anak yang enggan telan ubat.
Bukan itu sahaja, netizen juga turut berkongsi tip dan cara lain yang digunakan untuk menelan ubat. - KitaReporters