KISAH majikan menghadiahkan pakej umrah kepada pekerja yang telah berjasa selama 27 tahun di sebuah stesen minyak telah menjadi tular dalam media sosial sehingga mencapai lebih 200 ribu tontonan.
Menerusi video yang dimuat naik pengguna media sosial yang bernama @siti5874, pekerja yang bernama Yusuf telah diberikan penghargaan oleh syarikat stesen minyak yang bertempat di Pendang atas pencapaian dan sumbangan untuk tempoh yang lama.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan urusan ibadat umrah
"Pakej umrah 2023 untuk Yusuf yang telah berkhidmat selama 27 tahun di Petronas Pendang,” katanya.
Meninjau dalam ruangan komen, orang ramai memuji majikan itu yang mengenang jasa para pekerjanya melalui pemberian hadiah yang besar untuk para pekerjanya.
“Saya doakan pemilik stesen minyak ini tidak akan miskin dan boleh bawa lagi ramai menjadi tetamu Allah,” doa @T.
“Bagusnya orang yang percayakan rezeki Allah, dia tidak akan berkira. Dia tahu Allah akan beri lebih, tahniah” tulis @peneng.
“Betul la orang kata pergi Mekah ini bukan masa bila kita kaya, tapi bila Allah dah bukakan rezeki beliau untuk ke sana, walau cara apa pun Allah akan mudahkan. Tahniah Puan,” jelas @lamahaqila. - KitaReporters