
Farush Khan depan kanan itu... Ada 21 soalan ditanya kepada bekas PM Tun Mahathir. Baca jawapan Tun dalam Untold Story: Jejak seorang wartawan.
KESEDIAAN orang seperti Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin menaja buku Untold Story: Jejak Seorang Wartawan adalah bukti jelas bahawa isi buku tersebut memang bernilai tinggi dan wajib dibaca, terutama mereka yang berazam menceburi dunia kewartawanan atau kini pengamal dan bekas pengamal media.
Kadir yang juga bekas Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP), sejak awal-awal lagi bagi RM200 dan suruh edarkan memoir ke sekolah-sekolah.
"Buku ini diterbit sepenuhnya oleh penaja, saya tak tanya pun berapa jumlah yang akan dapat selepas buku ini dijual. Semua untuk derma bagi mengisi tabung Gaza MAPIM."
Itu kata penulis memoir Untold Story: Jejak Seorang Wartawan, Farush Khan Akbar Khan ketika ditanya berapa cetakan mengenai buku pertama yang menceritakan 21 kisah pengalaman selama lebih 45 tahun sebagai wartawan di bebeberapa agensi berita negara.
Dari No 31, Jalan Riong Kuala Lumpur sehingga ke Kota London, kembaranya meliputi lebih 30 negara untuk melaksanakan tugasan membuat liputan dan menikmati pahit manis kehidupan dan merasai konflik negara dunia.
Memoir terbitan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) padat dengan nostalgia dan elok sangatlah, Opah pun bertemu dia pada Forum Kenangan Utusan Melayu yang berlangsung di Tirai Ratu, Subang Jaya pada 28 Jun 2025.
Farush Khan yang balik dari program MAPIM yang diadakan di Ipoh, sempat bertemu kawan-kawannya dan membawa buku untuk jualan.


Pengalamannya tinggal satu rumah dengan kartunis Datuk Mohamad Nor Khalid @ Lat sehingga memori menemu ramah pemimpin dunia Presiden Afghanistan, Burnanuddin Rabbani; pemimpin kanan kerajaan Saddam Hussein; Cat Steven; Bung Hamka sehingga liputan kes Mona Fandey, jajaran liputannya mengikut rombongan menteri sejauh Arab Saudi, Lebanon, Iraq, Maghribi, Yaman, Australia dan India serta Pakistan.
Bayangkan dia bekerja lebih 45 tahun, tak pernah ambil sijil sakit seperti catatannya "Bermulalah kitaran pengalaman pahit manis dunia kewartawanan di Balai Berita, Jalan Riong. Hari ini sudah 52 tahun saya berkecimpung dalam dunia yang saya gila-gilakan itu," katanya. Minat menulisnya bermula sejak tingkatan satu pada 1963.
Daripada buku yang dipinjam dari perpustakaan dalam bahasa Melayu, Indonesia dan Inggeris, Farush Khan mengasah bakatnya dalam bidang penulisan cerpen, gurindam, pantun dan sajak. Malah majalah sekolah pun ada tulisannya.
"Selama 45 tahun sebagai wartawan, tidak pernah saya ambil cuti sakit kecuali cuti tahunan," katanya selama tiga tahun sebelum menjadi wartawan pada Julai 1973, beliau bekerja di Lembaga Pelabuhan Klang.
Farush Khan tinggalkan NST melalui Skim Perpisahan Sukarela pada 2004. Beliau kemudian sambung tugas dengan beberapa agensi berita termasuk dengan Bernama dan akhbar Sinar Harian, milik Media Karangkraf.

Opah tanya soalan boss jawab!
Kalau sudah tertera wartawan, setiap tragedi seakan menghendaki dia ada sebagai saksi. Ingat kisah jamaah haji yang terbunuh akibat kejadian tindihan ketika kesesakan di terowong Muasim di Mina yang menyebabkan 1,400 dari seluruh dunia terbunuh. Itu belum lagi Frush Khan melaporkan konflik sempadan negara apabila pasukan tentera menentang komunis.
Lebih terguris perasaan sedihnya apabila Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Choong Kong ditembak pada 13 November 1975. Dulu tiada media sosial, kebanyakan masa dihabiskan di balai polis untuk membuat liputan.
Manakala pembukaan Lebuh Raya Gerik itu satu usaha membanteras kegiatan komunis. Tidak ketinggalan juga Farush Khan juga menempuh waktu perintah berkurung ketika membuat liputan di sempadan.
Farush Khan membuat liputan kes pembunuhan dilakukan oleh Mona Fandey, suami dan pembantunya atas permintaannya, "kecut" perut juga bila bertentang mata.
Tidak cukup itu, perasan ketakutkan menaiki kereta api laju atau bas di London Underground waktu malam di Kota London, diuji sifat setianya bila berdepan dengan kes cubaan merasuah wartawan, isu kafir-mengkafir sesama umat Islam, sudah tentulah mengubah cara pandangannya terhadap masyarakat, budaya dan adab di sesuatu tempat yang disinggahinya.

Bukan saja cekap dalam pemberitaan, ilmu pentadbirannya cukup luar biasa. Berkhidmat dengan Berita Harian dan dengan New Straits Times satu perjalanan yang sangat teruja.
"Cuma dalam tempoh hampir 2 tahun awal di NSTP, (1973-75)) saya tulis untuk Berita Harian sahaja. Tapi sebaik saja dipindahkan ke Ipoh (1975), saya mula menulis untuk BH, NST dan Malay Mail. Bermula 1986 apabila balik ke KL, saya tulis untuk NST saja."
Malah dia juga bekerja di agensi Berita Nasional Malaysia (BERNAMA - lapan bulan), PERDASAMA (3 1/2 tahun), Sekretariat Akhbar Kerajaan Selangor (9 tahun), Sinar Harian (6 bulan), FMT dan terkini dengan MAPIM sejak tahun 2019. Dia juga penceramah bebas untuk bengkel kewartawanan.

Rakan sekerja di Ipoh Fariza Saidin.
Dalam usia menjangkau 75 tahun, Farush Khan kini menjadi Ketua Korporat MAPIM. Dan sambil bercerita pada Opah yang hanya beli satu saja naskah berharga RM22 teruslah bertanya, mana gambar-gambar waktu kerja tu?. Ada gambar sebagai hiasan akan "mencantikkan" lagi penulisan.
Sambil belek helaian prakata sehingga Indeksnya, Opah cakap, oooo kalu ada gambar baru cantik tu. Jawab Farush Khan, tu ha, ada di belakangnya. Maaflah yang ni hendak cepat, memoir ini dicetak sepenuhnya oleh MAPIM semua kutipan jualan masuk tabung dan jika ada royaliti, saya terima seadanya.
Alhamdulillah... Beliau juga reda, semua hasil jualan buku itu digunakan untuk Gaza.
Menyoroti buku ini terkenang sungguh pada masa lalu Opah juga. Kami pernah pergi assignment bersama, Farush Khan ni orang cah ligat kata orang Kelantan. Macam lipas kudung dia bergerak, pantas sepantas tugasan yang dilakukan sejak kali pertama melaporkan diri sebagai wartawan Berita Harian pada 16 Julai 1973.
Pada 16 Julai 2025 ni, genaplah 52 tahun dia menjadi tukang lapor, penglipurlara, penulis wadah politik, jenayah, dunia antarabangsa. Seperti kata bukunya, dia adalah pengembara maklumat dan alam maya.

Sekali tengok orang ingat Farush Khan macam rakyat Pakistan kerana leluhurnya berasal dari Pashtun. Di Mekah, orang ingat dia pemuda Arab yang bantu jamaah haji.
Seorang wartawan yang tidak pernah tinggal lama di satu tempat. Bak bola di kaki pemain hebat, 11 kali berpindah randah tanpa sekelumitpun rungutan daripada isteri dan anak-anaknya sehinggalkan merantau ke Kota London selama sembilan bulan melengkapkan hidupnya sebagai wartawan serba boleh.
Memoir setebal 115 daripada 121 muka surat penuh cerita debar dan lucu yang kadangkala buat kita sedikit gementar membacanya.
Macam cerita dia ketinggalan penerbangan yang sepatutnya bersama Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad melawat Madinah pada tahun 2000. Itu membuatkan kita rasa "takut - sesatlah wartawan ni" dan teruklah jika dihilang jejak untuk membuat liputan Tun Mahathir.
Bijaknya Farush Khan "berkata-kata" dan menggunakan jawatan serta penuh segala bukti dokumen membuatkan nasib menyebelahinya. Dia dapat flght awal pagi esoknya.

Kekal dalam memori... Farush diapit dari kiri Siti Ainiza Kamsari, Fariza Saidin dan bekas pensyarah kanan MassCom UiTM, Hariyati Ariffin yang juga mobile Journalist (mojo) KitaReporters.
Ini sudah macam kisah Opah nak pergi buat bengkel kewartawanan di Kedah. Tiket penerbangan kami dibatalkan dan emailnya kami tidak terima. Musim itu pula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Punyalah Opah mendesak, memaksa pegawai bahagian kaunter tiket. Bagi saya jumpa sesiapa saja orang paling "besar" keadaan kami ini sangat-sangatlah terdesak, ada dua tiga ratus pelajar tunggu kami tu.
Nasib baik kakitangan MAS menggunakan budi bicara bagi kami naik flight petang itu juga, selepas usaha hendak kejarkan kami ke penerbangan di Subang tidak cukup masa.
Farush Khan juga melalui saat lucu apabila ketika membuat laporan perjalanan haji, jamaah negara kita ingatkan dia "orang suruhan". Orang tu minta ini dan minta tolong yang akhirnya bila diberitahu dia orang Malaysia dan saja menolong jamaah itu baru "terduduk" . Bertemu pula orang satu negari, gelak luculah ingatkan kisah itu,
Begitu juga ketika menemubual pemimpin nombor satu puak pejuangn Mujahidin di Afghanistan, Burhanuddin Rabbani. Farush Khan "dianggap" sebahagian penduduk tempatan. Malangnya bila dia mengaku tidak mahir bercakap Pashto (Pashtun) atau Urdu walaupun leluhurnya asal dari negara itu.
Itu menjadi kenangan abadi selepas pemimpin berkenaan meninggal dunia.
Oh ya, jangan lupa baca nota Prakata juga sebab ditulis oleh Negarawan Tun Mahathir. - KitaReportes

