Insan & Komuniti 30 Oct, 2024

Diari Mama Masscom| Wartawan bertauliah vs wartawan warga! Apa perbezaannya? Etika kewartawanan!

@hariyati ariffin
Mantan Pensyarah Kanan , dalam bidang Kewartawanan, Penyiaran dan Komunikasi di UiTM Shah Alam.

Share this

Petugas media


Dunia Media baharu yang sangat canggih dengan teknologi terkini dalam menyalurkan maklumat dan berita, menyebabkan wujudnya ramai wartawan segera yang berkecimpung dalam dunia kewartawanan seperti cendawan  tumbuh selepas hujan. 

Namun cara pelaporan berita dan maklumat yang mereka sampaikan tidak mengikut kod etika kewaratwanan yang sememangnya dipegang oleh wartawan yang bertauliah. 

Disebabkan cara mereka yang tidak mematuhi etika dan peraturan dalam pelaporan berita, masyarakat menuduh wartawan sebagai satu kerjaya memfitnah dan menulis laporan palsu serta sentiasa menangguk di air yang keruh. Mengambil kesempatan dalam keadaan orang yang menderita, sedih dan bermasalah lalu memviralkannya. 

Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) menjelaskan pegangan kod etika kewartawanan yang kukuh boleh membezakan antara wartawan sebenar dan citizen journalist  (wartawan warga) dalam pelaporan mereka. 

Ini kerana wartawan atau pengamal media sebenar diberi latihan sewajarnya dengan penekanan kepada peri pentingnya menguna pakai etika kewartawan dalam melaksanakan tugas mereka.


Nur-ul Afida Kamaludin


Kod Etika Kewartawanan yang diperkemas dan dilancarkan pada Februari tahun ini (2024) amat bertepatan dengan situasi semasa dunia kewartawanan masa kini, tanpa mengganggu gugat, mengongkong atau menyekat kebebasan bersuara wartawan dalam membuat pelaporan. 

Kod Etika Kewartawanan Malaysia ini adalah sebagai pegangan kepada wartawan ketika menjalankan tanggungjawab membuat laporan berita yang seimbang, adil dan berintegriti.  Kod etika kewartawanan ini juga perlu disokong sebab amat bersesuaian dengan situasi  dunia kewartawan masa kini. 

Nur-ul Afida juga memberitahu, dalam mendepani arus perubahan dalam dunia penyaluran maklumat, termasuk transformasi digital, etika kewartawanan menjadi teras utama dalam memastikan sesebuah organisasi berita terus relevan pada masa ini.  

Beliau menegaskan "dalam menerima perubahan teknologi dalam dunia sekarang kita perlu menyambut perubahan teknologi dengan positif, kerana teknologi boleh membantu tugasan kita,  tapi bukan menjadi jalan pintas dalam menjalankan pelaporan kita. 

"Apa yang positif kita patut sokong dan patut terima dengan minda yang terbuka supaya kita tidak ketinggalan, Sebab kita nak bersaing secara sihat dengan rakan-rakan media yang lain. Kalau nak maju nak ke depan kita tidak boleh menolak perubahan." 



Beliau yang telah berkecimpong dalam dunia kewartawanan sejak 40 tahun lalu, memberitahu sejak awal penglibatan beliau dalam dunia kewartawanan, beliau telah didedahkan dengan etika berkenaan. 

Sebagai golongan wartawan yang mempraktikkan etika dalam setiap tugasan mereka, beliau berharap wartawan-wartawan bertauliah dapat menjadi contoh pada kerjaya kewartawanan ini secara profesional yang bermaruah dan berintegriti. 

Katanya lagi, "menulis hanya yang benar bukan kerana nak cipta nama, nak cari sensasi, nak jadi orang pertama yang dapat berita itu, tapi apa yang penting nak laporkan apa yang sahih dan tepat bagi kepentingan masyarakat."

Sehubungan itu, BERNAMA tidak ketinggalan terus menggarap petugasnya agar berpegang teguh kepada etika kewartawanan dalam memastikan jenama BERNAMA terus diyakini walaupun landskap media dan pelaporan berita berubah pesat.

Pemahaman jitu wartawan mengenai kepentingan etika dalam pelaporan berita dapat membentuk jati diri wartawan bagi menghasilkan berita dengan lengkap dan tepat di samping mengelak penyebaran berita palsu.

Pada akhir wawancara beliau sekali lagi berpesan kepada semua wartawan "untuk jadi wartawan yang baik, jujur, amanah dan berintegriti pastikan etika kewartawanan dipegang secara utuh kerana ia boleh membentuk jati diri kita sebagai wartawan yang sebenarnya. 

"Kebenaran maklumat yang kita sampaikan dengan amanah dapat membezakan kita dengan wartawan segera yang  wujud bak cendawan tumbuh selepas hjan yang tidak mementingkan etika menjadi seorang wartawan." - KitaReporters

15
16
0
15
0
You will be interested