PADA 29 Jun 1994, Lady Diana Spencer dikejutkan dengan berita-berita kecurangan Putera Wales, Charles, dan malamnya wanita itu muncul dalam gaun petang yang begitu seksi dan menggoda bagi meraikan kebebasannya daripada kongkongan istana.
Gaun tersebut telah diberikan nama "Revenge Dress" atau "Baju Balas Dendam".
Gaun petang berwarna hitam, menampakkan dengan jelas pahanya dan separuh dadanya. Lengan baju jatuh ke paras bahu dan perhiasan mutiara bertatahkan permata biru yang mungkin satu koleksi dengan cincin tunangnya, betul2 memperlihat Diana yang berani keterampilannya.
Diana dikatakan muncul bergaya begitu sebagai simbolik kebebasannya. Diana bukan lagi terikat dengan protokol istana dan fesyen tu menjadi satu cara dia meluahkan suara hatinya.
Gaun rekaan Christina Stambolian itu kini menghiasi patung lilin Lady Diana yang sedang dipamerkan sebagai tarikan terbaharu di Grevin Museum, Paris yang dibuka kepada orang ramai 20 November 2025 lalu.

Puteri Diana dalam gaun "Revenge Dress" ditampil sempena ulang tahun ke-30 temu bual dalam program Panorama.
Gaun hitam itu dipakai oleh Diana ketika menghadiri acara Vanity Fair di Serpentine Gallery di London pada 1994. Ketika itu juga bekas suaminya, Charle membuat temuramah terbuka kecurangannya dengan Camilla Parker Bowles.
Media masa itu menyifatkan gaya pakaian itu terlalu berani dan dalam pantang larang istana ia tidak boleh dipakai oleh seorang kerabat raja. Namum keberanian Diana itu telah menyebabkan temu bual Charles tidak mendapat tarikan masyarakat.
Diana yang ketika itu memegang gelaran Puteri Wales muktamad bercerai rasmi pada 28 Ogos 1996 selepas berpisah pada 1992. Ratu telah memberi keizinan mereka berpisah pada 1995.
Setahun kemudian pada 31 Ogos 1997 Diana mati dalam nahas di Terowong Paris selepas makan malam ketika bercuti bersama anak pemilik pasar raya Harrod di London, Doddy Al-Fayed.

Ketika melalui proses cerai itu juga Diana yang dianggap ikon fesyen dunia dan wanita paling banyak diambil gambar.
Diana yang berpakaian gaun seksi itu dipilih sebagai patung lilin terbaharu yang dipamerkan di Muzium Grevin di Paris sejak 20 November 2025.
Lagipun tahun ni tiada sambutan memperingati kematian Diana ketika istana Buckhingham sendiri terpalit pelbagai konflik kerabat.
Kate Middleton disahkan masih dirawat akibat kanser, Charles yang kini menjadi Raja England juga dikatakan mendapat kanser malah permaisuri pengiring juga dikatakan bermasalah.
Ketika ini, adik Charles, Andrew pun dibuang sebagai kerabat raja bila gelaran puteranya dimansuhkan.
Dalam suasana muram itu, patung lilih Diana tiba-tiba muncul di Kota Paris. Di sebuah muzium dengan wajah mudanya dan tubuhnya yang tinggi langsing, sekali gus mengembalikan kenangan ketika dia menghabiskan masa bersama Dody sebagai persiapan majlis meraikan pertunangan mereka. - KitaReporters