Insan & Komuniti 16 Nov, 2025

Video| Aku tak akan lepaskan kamu! Biarpun banjir musnahkan harta benda! Namun akhirnya ketemu ajal!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai Stringer Berita Harian, Wartawan Berita Harian, Penyunting Harian Metro, Group Editor Majalah IBUBAPA. Emel: [email protected]

Share this

CINTA sejati hanya mati yang memisahkan mereka. 

"Bertenanglah dan jangan lepaskan saya," mungkin itu kata-kata Elodia Reyes, 74 kepada suaminya, Hilario Reynosa selepas mereka terperangkap dalam banjir besar yang melanda rumah mereka di Mexico akhir Oktober 2025.



Pasangan warga emas itu diselamatkan ketika berlindung di atas bumbung rumah yang ditenggelami banjir yang turut melanda 150 bandar dan daerah di Mexico membabitkan 75 mati dan 76 lagi hilang tempat tinggal.

Pasangan itu antara 100,000 penduduk yang kehilangan rumah, 320,000 lagi penghuni terputus bekalan elektrik dan paling menyukarkan kerja-kerja menyelamat apabila 1,000 kilomter jalan yang menghubungkan antara bandar dan desa itu rosak teruk.

Bandar yang terlibat  banjir akibat Taufan Priscilla dan Taufan Tropika Raymond ini memusnahkan Sieera Madre Oriental dan di negeri Huastec ialah Hidalgo, Puebla, Queretaro, San Luis Potosi dan Veracruz.

Ketika banjir melanda tempat tinggal warga emas itu di Poza Rica, Veracruz itulah, pasangan itu mengambil keputusan berlindung di bumbung menunggu pasukan penyelamat. Rumah mereka ditenggelami banjir dan tinggal bumbung saja.



Namun yang menarik perhatian warga dunia ialah cinta kasih mereka lambang ikatan sehidup semati. 

Walaupun kehilangan harta benda dan keselamatan tetapi mereka tidak melepaskan pelukan erat, bertahan dalam limpahan arus banjir yang deras. Sesungguhnya tidak sekuat dengan kudrat tua mereka.

Mereka bertahan walaupun mengalami kesejukan melampau, pakaian habis basah kuyup dan kehangatan badan yang menjadi pemanas sementara menunggu pasukan penyelamat tiba.

Foto mereka yang disiarkan oleh media Project Nighfall, menjadi paparan paling viral kerana dikatakan imej paling "berkuasa" membuktikan dua insan yang kehilangan semua harta benda tetapi enggan melepaskan pasangan.



Lebih menyedihkan lagi selepas kerja menyelamat itu selesai, esoknya Elodia meninggal dunia kerana kompilasi jantung dan paru-paru berair. Suaminya sentiasa berada di sisinya dan enggan meninggalkannya ketika dirawat di hospital.

Hilario ditempatkan di rumah kebajikan dan media negara itu melaporkan kekuatan cinta dan kesetiaan mereka utuh biarpun diuji berdepan dengan cabaran rempuhan arus yang deras. Tetap tidak mampu menewaskan kekuatan cinta dua insan. - KitaReporters


14
15
0
12
0
You will be interested