Insan & Komuniti 17 Nov, 2025

Mana belia Terengganu? Sertai program Youth Hub Terengganu! Percuma! Bagi tambah nilai diri belia!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Sebagai usaha untuk memberi tambah nilai pembangunan belia setempat, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) mengambil langkah proaktif melalui penganjuran program Youth Hub (Hab Belia atau Y-Hub) peringkat negeri Terengganu (Y-Hub Terengganu) yang dijadualkan berlangsung sepanjang November 2025 ini.



Menurut pengarah JBSNT, Asmadi Mohamad, jabatannya meletakkan sebanyak 5 kerangka utama pengisian program yang mampu untuk merapatkan jurang dalam kalangan belia negeri ini untuk turut menyertai sama ada sebahagian atau sepenuhnya program yang dianjurkan. 

Menambah menarik bagi setiap program yang dianjurkan ini tiada sebarang bayaran dikenakan.

Kerangka pengisian program ini yang meliputi bengkel keusahawanan, teknologi AI, kemahiran TVET, kebudayaan, dan pembangunan sahsiah serta motivasi menjadi tambah nilai yang terbaik buat belia-belia setempat untuk berada di landasan yang tepat untuk mengorak langkah seterusnya bagi membina generasi yang lebih berdaya saing di masa hadapan.


Asmadi Mohamad.


 


"Kami sebagai pemegang taruh utama pembangunan belia setempat tidak melihat penganjuran ini semata-mata untuk mengisi masa terluang oleh mana-mana pihak di mana kami mempunyai misi mahupun tanggungjawab besar untuk memperkukuh Indeks Belia Malaysia (IBM) yang masih sederhana ketika ini.

"Hendak atau tidak kita terpaksa akui di mana mungkin pelbagai faktor semasa mahupun persekitaran yang menyumbang situasi ini, oleh itu kami perlu memperkasa setiap program bagi merapatkan jurang yang ada ini. sekali gus melahirkan generasi belia yang lebih berkualiti," ujar Asmad Mohamad.

Jelasnya lagi, mengikut laporan, IBM bagi tahun 2023 adalah pada 74.39 mata di mana ia masih diukur pada tahap sederhana, manakala bagi tahun 2024 dijangkakan akan diumum dalam masa terdekat.

Indeks ini disediakan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) sebagai penanda aras bagi memantau perkembangan kualiti dan kesejahteraan hidup belia Malaysia.

Oleh itu melalui program yang sedang berlangsung ini, JBSNT optimis mampu memberi penanda aras yang lebih bagi penilaian itu.




Selain itu melalui penganjuran ini juga merupakan serampang dua mata buat JBSNT untuk dasar pintu terbuka buat mana-mana pihak khususnya pada peringkat belia bagi memanfaatkan semaksimum mungkin setiap fasiliti mahupun kemudahan yang disediakan di JBSNT ini.

Sehingga kini, program Y-Hub Terengganu yang telah bermula sejak awal November 2025 berjaya menarik penyertaan seramai 787 belia secara keseluruhannya dan dijangkakan jumlah penyertaan bakal meningkat setelah musim cuti persekolahan pada akhir tahun yang akan bermula tidak lama lagi. - KitaReporters


10
7
0
12
0
You will be interested