Insan & Komuniti 14 Jan, 2026

Macam-macam jenis scammer! Bomoh kaut RM445,000! Dakwa warga emas sekeluarga diganggu makhluk halus!

Share this

Zaman kini yang semakin mencabar sama ada dari segi peluang pekerjaan mahupun dalam menjana mata pencarian menuntut rakyat Malaysia melakukan lebih daripada dua atau tiga kerja untuk menampung ekonomi keluarga.


Gambar hiasan.


Namun, ada satu kisah yang menarik perhatian penulis sekitar awal tahun 2025 apabila seorang warga emas telah kerugian sebanyak hampir setengah juta ringgit iaitu RM445,000 selepas diperdayakan oleh seorang lelaki yang mengaku menjadi pengamal perubatan tradisional atau bomoh semasa mendapatkan rawatan.

Kisah ini bermula apabila lelaki tersebut telah didakwa oleh bomoh itu bahawa dia serta keluarganya diganggu oleh makhluk halus.

Kejadian ini telah sampai ke laporan polis di mana menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, pihaknya menerima laporan polis mengenai kejadian tersebut daripada mangsa, seorang lelaki warga tempatan berusia 70 tahun. 

"Mangsa telah ditawarkan untuk mendapatkan khidmat rawatan tradisional dan telah menyerahkan sejumlah wang tunai dan barangan kemas kepada suspek dengan anggaran kerugian berjumlah RM445,000.

"Wang tunai dan barang kemas berkenaan diserahkan sekitar bulan Mac hingga April 2024.

"Mangsa percaya rawatan perubatan ini adalah sahih disebabkan suspek merupakan rakan kepada mangsa warga emas ini,” kongsi beliau.


Gambar hiasan. 


Menurut Roslan, kes ini telah disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan atau denda.

Pihak polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya serta diseru membuat semakan terlebih dahulu atas sesuatu tawaran sebagai langkah berhati-hati.

Geleng kepala apabila penulis mendengar kejadian seperti ini di mana sesetengah individu sudah tidak peduli sama ada rakan atau lawan untuk melakukan jenayah penipuan melibatkan wang ringgit ini.

Apatah lagi sanggup menggunakan alasan diganggu oleh makhluk halus dan menunggang isu keagamaan demi keuntungan duniawi. 

Apa nak jadi dengan dunia zaman sekarang? - KitaReporters

 

7
16
0
8
0
You will be interested