Insan & Komuniti 17 Aug, 2023

Doa untuk Maui! Teori alien serang dunia, senjata HAARP dan DEW? Oprah Winfrey turun beri bantuan!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this


KINI timbul macam-macam teori termasuk mahkluk asing (alien) sudah menyerang bumi dengan senjata laser. Tidak kurang pula ada yang mendakwa pancaran laser yang dikatakan "menyerang" beberapa tempat di dunia termasuk di Lahaina, Maui di Hawaii dihasilkan oleh Program Penyelidikan Auroral Aktif Frekuensi Tinggi (High-frequency Active Auroral Research Program atau HAARP).

Netizen juga tidak menafikan pancaran laser itu disebabkan oleh projek blue beam atau Direct Energy Weapon (DEW)  sejenis senjata berkuasa tinggi yang digunakan dalam peperangan akan datang.




Warga TikTok mengaitkan serangan mahkluk asing (alien) yang disertakan dengan gambar yang dirakamkan secara tidak sengaja dari seluruh dunia untuk menguatkan lagi dakwaan. 

Mereka turut menuduh kerajaan Amerika Syarikat cuba menyembunyikan "pencerobohan" alien itu walaupun sudah ramai masyarakat merakamkan tentera AS menghambat pesawat UFO

Tidak kurang yang berjaya merakamkan hujan meteor yang melanda dunia membabitkan beberapa tempat termasuk Australia dan Indonesia.



Sementara itu CNN melaporkan dalam kejadian kebakaran di Lahaina itu, api marak dan memusnahkan kediaman, bangunan dan kenderaan serta meragut nyawa mangsa dalam kiraan sebatu setiap minit. Angka kematian setakat ini 14 Ogos 2023 meningkat kepada 96 orang.

Senator AS untuk Hawaii, Mazie Hirono memberitahu CNN kebakaran itu "bukan main-main" kerana ia  kes terburuk pernah berlaku di negara itu sejak 100 tahun lalu. 

Sehubungan itu kerajaan AS terus mengkaji balik semua prosedur tindak balas terhadap kes kecemasan termasuk persoalan, tiada sistem siren yang dipasang.

Kejadian itu menimbulkan kelemahan utama sistem komunikasi di sekitar pulau menyebabkan penduduk saling tertunggu perkembangan perihal keluarga mereka.

Malah ada penduduk mengadu pihak berkuasa negara itu tidak memberi sebarang amaran mengenai kejadian berkenaan atau mengambil tindakan awal membersihkan pokok tumbang. Akhirnya mereka mengambil keputusan sendiri menyelamat nyawa termasuk dengan terjun ke laut.



Bagaimanpun mutakhir ini ada yang sudah dibenarkan pulang untuk memeriksa apa yang mampu diselamatkan.  Manakala bantuan derma wang ringgit dan kemudahan asas mula dihantar ke kawasan terbabit.

Kebakaran di Lahaina, Maui, Hawaii itu juga turut menghapuskan pembangunan dan keindahan pulau itu dari peta dunia. Kebakaran itu dikatakan berpunca daripada petir "dari langit" kemudian api itu merebak sebab dalam masa yang sama, terjadinya taufan Dora yang meruntuhkan tiang elektrik dan keadaan cuaca kering lalu mencetuskan api marak serta-merta.

Billioner yang juga pengacara televisyen terkemuka Amerika Syarikat, Oprah Winfrey yang turut mempunyai kediaman di pulau antara orang terawal yang melawat pusat penempatan sementara untuk menyerahkan bantuan keperluan pakaian sambil bertanya khabar mangsa. - KitaReporters



11
18
0
7
0
You will be interested