Insan & Komuniti 19 Apr, 2023

Rai anak yatim, asnaf! Madrasah Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat teruskan acara wajib Ramadan! Dah 4 tahun!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

Penderma mengagihkan duit raya kepada anak yatim serta asnaf.


SEBAGAI acara wajib setiap Ramadan sejak empat tahun lalu, seramai 100 anak yatim dan asnaf diraikan pada Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa di Madrasah Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Telok Mas (MTQQTM), Melaka pada 16 April 2023.

Pada tahun ini, Imam dari Mekah, Sahibul Fadilah Syeikh Muhammad Syarif Al-Imrani dijemput khas oleh pengurusan madrasah untuk membaca doa khatam al-Quran. 

Ahli Jawatankuasa Pembangunan MTQQTM, Azadi Mohd Diah, berkata bagi memberkati majlis itu, Pengerusi MTQQTM yang juga merangkap Imam Besar Masjid Negeri Melaka, Datuk Mohammad Hashim Al-Hafiz menyampaikan tausiah ringkas mengenai amalan pada akhir Ramadan seperti kelebihan qiamullail malam Lailatulqadar.

Jelas beliau, selepas mengakhiri tausiah itu, majlis diteruskan dengan acara penyampaian sumbangan kepada 60 anak yatim dan 40 asnaf berkenaan. 


Agihan pek makanan tajaan McDonald's kepada anak yatim, asnaf dan ibu tunggal.


Tambahnya, anak yatim terbabit menerima sumbangan wang dan makanan dari McDonald's, manakala dalam kalangan asnaf pula diagihkan bantuan barangan makanan keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung gandum serta wang infak daripada pelbagai pihak.

“Tetamu jemputan bersama-sama anak yatim dan asnaf kemudiannya diraikan pada majlis berbuka puasa dengan pelbagai juadah termasuk edaran 200 pek makanan serta minuman seperti Cendol Seri Serkam, susu soya dan air mangga yang ditaja oleh penginfak,” ujarnya.

Sehubungan itu, pihak pengurusan madrasah mengalu-alukan sumbangan atau derma  yang boleh disalurkan ke akaun Madrasah Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat bernombor 0410041000189464 dengan BSN atau menginfak untuk pembinaan Kompleks MTQQTM di Jalan Tambak Gelam ke akaun MBB milik Madrasah Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat bernombor 569963019623. - KitaReporters

Penyumbang serta penderma Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa di Madrasah Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Telok Mas (MTQQTM), Melaka pada 16 April 2023.

8
14
2
20
0
You will be interested