Insan & Komuniti 01 Nov, 2022

Kaum lelaki suka mendera? 57,519 kes wanita jadi mangsa! Kes keganasan rumah tangga membimbangkan!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this


SEJAUH manakah golongan lelaki memperingati Hari Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita Antarabangsa atau International Day for the Elimination of Violence against Women pada 25 November setiap tahun?

Tanggal peristiwa (memperinggati) tersebut pun masih ada yang tidak diketahui atau pun ramai juga yang bersikap acuh tidak acuh. Apatah lagi untuk mereka sama-sama meraikannya. Mungkin ada beranggapan tidak penting atau relevan bagi mereka terutama golongan ‘Adam’.


Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan keganasan rumah tangga


Sejak tahun 1999, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menetapkan tarikh 25 November sebagai Hari Antarabangsa Bagi Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita.

Pada tahun 1993, perhimpunan agung PBB telah menjelaskan Deklarasi Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita ditakrifkan sebagai “sebarang tindakan keganasan berdasarkan jantina  boleh menyebabkan atau punca kecederaan fizikal, seksual atau psikologikal atau kesengsaraan kepada wanita, termasuk tindakan ugutan, paksaan atau kurang kebebasan, samada berlaku di tempat awam atau dalam kehidupan peribadi. 


Sebanyak 279 kes keganasan rumah tangga membabitkan warga emas telah dilaporkan pada 2015.


Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 57,519 kes keganasan terhadap wanita dilaporkan sejak 2010 hingga Mac 2017.

Lebih amat membimbangkan lagi, didapati sebanyak 23,212 kes atau 40 peratus daripadanya adalah kes keganasan rumah tangga yang melibatkan wanita sebagai mangsa.

Data daripada Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) pula menunjukkan bahawa kes keganasan rumah tangga mencatatkan sebanyak 69,978 kes dari tahun 2010 sehingga Mei 2018.

Pada tahun 2021, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah merekodkan sejumlah 7,468 kes keganasan rumah tangga, berbanding 5,260 pada 2020 dan menunjukkan peningkatan sebanyak 2,208 kes.

Sebanyak 3,028 panggilan membabitkan kes keganasan rumah tangga diterima melalui Talian Kasih 15999 bagi tempoh Januari hingga Disember 2021.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Mac 2021,pula menganggarkan terdapat kira-kira 1 daripada 3 ( atau 30 peratus) wanita di seluruh dunia telah mengalami keganasan seksual rumah tangga atau bukan pasangan suami isteri sepanjang hayat mereka. 

Masyarakat perlu peka, ambil cakna dan memberi sokongan kepada mangsa kerana ia dapat menyelamatkan nyawa dan kehidupan wanita serta anak-anak mangsa tersebut. 

Kaum wanita sepatutnya mengambil tahu dan bertanggungjawab demi menjaga keselamatan diri dalam menangani isu keganasan terhadap diri mereka.

Justeru, Keluarga Malaysia perlu bersama-sama membantu membanteras kezaliman ini dengan bertindak tampil dan melaporkan kepada pihak berkuasa sebagai langkah bagi mengekang kejadian berkenaan terus berlaku. - KitaReporters


Gambar hiasan... Sikap panas baran dan gangguan emosi antara punca berlakunya kes keganasan rumah tangga melibatkan golongan wanita.


Sumber:

https://wanita.ikram.org.my/2020/11/25/kenyataan-media-sempena-hari-antarabangsa-bagi-penghapusan-keganasan-terhadap/

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/932235/kes-keganasan-rumah-tangga-naik-42-peratus-tahun-lalu

 

16
14
0
6
0
You will be interested