Insan & Komuniti 28 Dec, 2023

Terima kasih KPDN Terengganu! Sumbang makanan kepada 721 mangsa banjir di 3 PPS! Bernilai RM11k!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Sebahagian barangan bantuan untuk mangsa banjir yang disediakan oleh KPDN Terengganu


KESIBUKAN menjalankan penguatkuasaan dan pemantauan kenaikan harga barangan menjelang Tahun Baharu 2024, tidak menghalang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Negeri Terengganu menjalankan aktiviti kemasyarakatan dengan mengerah kakitangan agensinya turun padang membantu mangsa banjir yang masih tinggal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Pengarah KPDN Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata, bersimpati dengan nasib malang yang dihadapi mangsa banjir di negeri ini, pihknya membuat penyerahan bank makanan kepada mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Menerung di Ajil, Hulu Terengganu,


Saharuddin Mohd Kia (kanan) menyerahkan kit sumbangan banjir kepdaa mngsa banjir di PPS Kampung Menerung, Ajil


Saharuddin berkata, program sehari yang diadakan pada Rabu, 27 Disember 2023 membabitkan tiga PPS di Hulu Terengganu.

Menurutnya, menerusi program tersebut pihaknya menyerahkan sumbangan berupa makanan kepada 721 mangsa banjir yang masih berada di PPS SMK Menerong, PPS Kampung Menerong dan PPS SK Menerong, Kampung Gunung.

Beliau berkata, antara serahan sumbangan bank makanan termasuklah Roats Palate Rendang Lamb, Master Pasta Rice Porridge, Gardenia Numee, Mamee, susu pekat dan malt coklat bernilai RM11,000 kepada mangsa terbabit.

“Ini adalah penyerahan sumbangan pertama dilakukan oleh KPDN Negeri Terengganu pada musim banjir tahun ini (2023),” katanya kepada media selepas menyerahkan sumbangan tersebut.

Beliau berharap, dengan sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keluarga khasnya mangsa banjir terbabit. - KitaReporters


Serahan sumbangan food bank bernilai RM11,000 kepada 721 mangsa banjir di tiga lokasi iaitu PPS SMK Menerong, PPS Kampung Menerong dan PPS SK Menerong, Kampung Gunung.

11
17
2
14
0
You will be interested