Insan & Komuniti 12 Mar, 2023

Terbaiklah UTHM! Buat amal di Kampung Chnang, Kemboja! Santuni 200 penduduk kampung fakir miskin!

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this


Berbuat amal tidak kira di mana asal nawaitu ikhlas maka Allah akan permudahkan. 

Demikian yang dilakukan oleh 12 petugas dan rombongan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam memenuhi tanggungjawab sosial mereka terhadap masyarakat. Tempat pilihan adalah Kampung Chnang di Kemboja yang mempunyai 200 penduduk.

Rombongan diketuai Ustaz Mohd Shahrir Abdul Mutalib Al-Hafiz, Penolong Pendaftar Hal Ehwal Islam merangkap Imam 1 Masjid Sultan Ibrahim UTHM. Mereka berada di Kampung Chnang dari 9 hingga 12 Mac 2023 yang lalu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti UTHM


Ustaz Shahrir Abdul Mutalib menyampaikan sumbangan kepada anak kariah Kampung Chnang, Kemboja. 


Ustaz Mohd Shahrir Abdul Mutalib 


Menurut Ustaz Shahrir, Kemboja dipilih di bawah Program Pengantarabangsa Tahunan Pusat Islam di bawah Unit Khidmat Komuniti Domestik dan Antarabangsa UTHM.

"Inilah juga antara khidmat amal UTHM terhadap masyarakat Islam luar negara yang memerlukan bantuan dan perhatian dunia luar," kata Ustaz Shahrir.

Program anjuran bersama UTHM dan Pusat Islam UTHM bersama NGO tempatan mendapat sokongan staf UTHM dan orang perseorangan.


Antara penduduk Kampung Chnang yang hadir mrnerima sumbangan.


"Barang yang disumbang adalah wang tunai dan beras fidyah. Seramai 200 orang penerima terdiri daripada fakir miskin telah menerima sumbangan, " tambah Ustaz Shahrir lagi.

Turut mengikuti rombongan adalah staf UTHM dan komuniti setempat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

"Pihak UTHM mengharapkan agar program ini dapat mengharumkan nama UTHM sebagai sebuah universiti awam yang prihatin terhadap kemiskinan masyarakat di dalam dan luar negara serta dunia amnya, " tambah Shahrir .

Pihak UTHM juga mengucapkan terima kasih kepada peserta rombongan dan mereka yang menyumbang untuk program ini.

"Semoga lebih ramai orang akan tampil memberita sumbangan untuk program amal UTHM akan datang," ujar Ustaz Shahrir lagi. - KitaReporters


Jamuan ringan untuk rombongan UTHM 

14
8
0
12
0
You will be interested