Insan & Komuniti 08 Mar, 2023

Kena pergi! 23,000 huffaz berhimpun! Ekspo Huffaz 2023, 10 Mac 2023! 20 Barangan Peribadi Rasulullah!

@sahbulah mohamad darwi
Pernah berkhidmat selama 13 tahun dengan akhbar arus perdana tempatan sebagai wartawan dan Ketua Biro. Kini bertugas sebagai pengurus dalam bidang industri media.

Share this


SERAMAI 23,000 para huffaz dari seluruh negara dijangka berhimpun pada Ekspo Huffaz dan himpunan 23k huffaz di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai 10 hingga 12 Mac 2023.

Pelbagai aktiviti diadakan pada forum dan ekspo anjuran gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA) itu dengan kerjasama Pejabat Timbalan Perdana Menteri 1 itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan huffaz-huffaz


Bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam, antaranya aktiviti yang akan diadakan ialah Pertandingan Qasidah, Klinik Fatihah, Pameran 20 Artifek Galeri Aura Islam (Barangan Peribadi Rasulullah), Pertandingan Melukis, Pertandingan Mewarna, Forum Zayan, penampilan Maskot Omar & Hana, Demonstrasi dan Kelas Khas & Kaligrafi, Forum, Pameran Agensi Kerajaan, gerai jualan dan sebagainya.  

Orang ramai dijempu hadir bersama keluarga ke ekspo berkenaan dan untuk mengetahui lebih lanjut, orang ramai boleh didapati dengan melayari laman web www.himpunanhuffaz.com.my. - KitaReporters


10
12
0
9
0
You will be interested