KEBERANIAN seorang remaja di Yokohama, Jepun untuk menipu untuk menaiki teksi secara percuma akhirnya membawa padah kepada dirinya sehingga membawa kepada penahanan oleh pihak berkuasa.
Memetik akhbar The Mainichi, kisah malang lelaki penganggur berusia 19 tahun itu bermula apabila dia cuba menipu pemandu teksi yang dinaiki pada 10 November 2022 lalu berikutan gagal membayar tambang teksi yang dinaiki bandar Yokohama ke Osaka sejauh 500 kilometer.
Alamak jauhnya seperti perjalanan dari KL ke Kota Bharu!
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kes-kes penipuan
Bagaimanapun selepas dua bulan berlalu kejadian penipuan berkenaan, lelaki berusia 19 tahun itu akhirnya berjaya diberkas polis pada 11 januari 2023 lalu selepas gagal membayar tambang teksi yang dinaiki bernilai RM210,000 yen (RM6,969) sejauh 500 kilometer.
Ketika ditahan, lelaki itu mengaku dia telah merancang untuk melakukan kerja bodoh tersebut kerana terdesak kerana ketiadaan wang.
“Saya menggunakan teksi untuk pulang ke rumah di Osaka.
"Saya memang merancang untuk melarikan diri tanpa membayar tambang jika ia terlalu mahal,” katanya menaiki teksi itu di hadapan stesen kereta api JR Yokohama pada 10 November 2022 lalu.
Dia kemudian turun di Higashiyodogawa, Osaka sambil berkata akan mendapatkan wang untuk membayar tambang berkenaan daripada ibunya.
Namun dia terus meloloskan diri tanpa membuat pembayaran teksi berkenan.
Kini dia berdepan hukuman berat dan mungkin dipenjarakan atau hukuman denda akibat perbuatan yang dilakukan sendiri.
Sementara itu polis Osaka pula berkata, pihaknya berjaya mengesan perbuatan lelaki berkenaan selepas mengesan perjalanannya yang yang berdaftar sebagai penduduk kawasan Higashiyodogawa di bandar Osaka. - KitaReporters