PEMERGIAN pelawak terkenal dari kumpulan Bocey, Syed Umar Mokhtar al-Juffrey Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam yang meninggal dunia pada pagi Isnin, 10 Februari 2020 pada usia 32 tahun amat mengejutkan semua pihak termasuk para peminat. : KitaReporters.com
Sumber Foto Media Sosial
Beliau meninggalkan seorang balu, Siti Nurhidayah Mohd Ali dan seorang anak berusia lima bulan, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey.
Ramai rakan serta para peminat menziarahi arwah Abam untuk memberikan penghormatan terakhir.
Ramai yang hadir dan sabar menunggu jenazah di bawa dari Hospital Kuala Lumpur setelah selesai post-mortem.
Sumber Foto Tun Fazly
Ini dapat dilihat apabila berlaku sedikit kesesakan jalan menghala ke Masjid Gombak Utara (Masjid Zakaria) di Jalan Gombak, Selangor.
Rata-rata terdapat orang ramai mengambil kesempatan untuk bersama-sama memberikan penghormatan terakhir untuk Allahyarham.
Keadaan sesak menghala ke Masjid Gombak Utara.
Suasana di luar dan di dalam Masjid Gombak Utara boleh digambarkan seperti penuhnya ketika solat Jumaat.
Sumber Foto Media Sosial
Apa yang dapat dilihat ialah segenap sudut ruang di dalam masjid penuh dengan jemaah yang mahu menunaikan solat jenazah untuk Allahyarham.
Sumber Foto Azizi Ismail
Sumber Foto Azizi Ismail
Bukan itu sahaja, keadaan jalan sekitar Gombak terutama menghala ke Masjid Gombak Utara menjadi sesak dan rata-rata ingin ke masjid tersebut.
Keadaan sesak sekitar Jalan Gombak
Begitu juga keadaan jalan menghala ke tanah perkuburan Sungai Pusu, Gombak. Keadaan agak sesak.
Keadaan sekitar jalan menghala ke tanah perkuburan Sungai Pusu
Pada jam 7.30 malam masih ramai lagi berada di tanah perkuburan pada pengkebumian Allahyarham sebagai penghormatan terakhir.
Orang ramai sedia menanti selesai proses pengkebumian.
Begitulah pengakhiran sebuah cerita yang sangat indah. Ternyata rakyat Malaysia sangat sayangkan Allahyarham Abam.
Allahyarham yang sangat baik dan sangat menghormati orang yang lebih tua daripadanya.
Allahyarham juga amat menyayangi dan menghormati Ibunya.
Takziah diucapkan kepada keluarga arwah dan semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Alfatihah... - KitaReporters.com