Insan & Komuniti 10 Oct, 2022

Syabas Soh Wai Ching! Dua kali tawan Empire State Building NY! Nak baiki lagi masa larian pendakian!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

Empire State Building New York (NY), Amerika Syarikat.


Pelari menara negara Soh Wai Ching, 28, berjaya mengekalkan gelaran buat kali kedua berturut-turut dengan menamatkan larian pendakian setinggi 86 tingkat atau sebanyak 1,576 anak tangga dengan catatan masa 10 minit 44 saat di Empire State Building New York (NY), Amerika Syarikat pada Khamis, 6 Oktober 2022 lalu.

Beliau turut memperbaiki masa 3 saat lebih baik berbanding edisi sebelumnya iaitu 10 minit 47 saat di lokasi yang sama pada 27 Oktober 2021.

Naib juara Bahagian Elit Lelaki dalam acara tahunan edisi ke-44 ini, disandang oleh Ryoji Watanabe dari Jepun (10:57) dan diikuti tempat ketiga, Fabio Ruga dari Itali (11:19).


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti lasak pendakian

Soh Wai Ching menamatkan larian pendakian setinggi 86 tingkat dengan catatan masa 10 minit 44 saat di Empire State Building New York (NY), Amerika Syarikat pada 6 Oktober 2022. - Sumber foto Event


Selepas tamat perlumbaan, pelari menara nombor satu dunia ini,  mengumumkan bahawa dia mahu mencabar lagi tahap kemampuan manusia dalam perlumbaan tangga pada masa akan datang.

“Saya mahu melihat seberapa pantas saya boleh berlari menaiki tangga dan menetapkan penanda aras untuk larian menara ini.

“Sama seperti Empire State Building yang melambangkan cita-cita dan penguasaan, kemenangan saya setakat ini adalah hasil daripada keyakinan dan daya tahan,” katanya kepada media selepas perlumbaan itu.


Soh Wai Ching (kanan) bergambar dengan seorang peminat dari Malaysia Darren Chong dari Dallas di hadapan Bangunan Empire State. - Kredit foto: Soh Wai Ching


Soh, merupakan individu Asia pertama yang memenangi Run-Up Empire State Building  pada tahun lepas (2021).

Beliau juga berhasrat untuk memenangi perlumbaan mendaki tangga Empire State Building sebanyak 10 kali lagi untuk memecahkan rekod pencapaian pernah dibuat Suzy Walsham, iaitu pelari menara wanita dari Australia yang telah merekod kemenangannya sehingga 10 kali.

Dia juga bertekad untuk memecahkan rekod atlet (larian menara) Paul Crake kelahiran Canberra, Australia dengan catatan rekod terpantas iaitu sembilan minit dan 33 saat di Empire State Building.


Kredit foto: IG Suzy Walsham


Pada awalnya, Soh merupakan atlet pelari jarak jauh ketika usia 18 tahun pada tahun 2012. Beliau merupakan antara individu terpantas di Malaysia dalam larian 5 kilometer (km) dan 10 km.

Soh kemudian mula berjinak-jinak dalam larian mendaki tangga (menara) secara suka-suka ketika KL Tower International Towerthon Challenge (KLTITC) pada tahun 2013 dan menduduki tempat ke-47.

Sebagai rekod, kejayaan Soh semakin terserlah pada peringkat antarabangsa apabila tahun 2017, beliau menduduki tempat kelapan daripada 146  peserta di Litar Dunia Vertikal, dalam kategori Lelaki Elit dan menyertai Larian Vertikal Beijing (China World Summit Wing Hotel), Larian Vertikal SHKP (Shanghai International Finance Centre) dan Harukas Sky Run (Abeno Harukas).

Tahniah Soh Wai Ching buat keluarga Malaysia! - KitaReporters


Kredit foto: IG Soh Wai Ching (@mastowerrunner)


Sumber:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/10/08/tower-runner-soh-wai-chings-stairway-to-stardom/

https://towerrunninguk.com/2021/04/23/suzy-walsham-interview-recovery-systems/

https://en.wikipedia.org/wiki/Paul_Crake

15
22
0
13
0
You will be interested