Insan & Komuniti 01 Apr, 2024

Sembang-Sembang| Anita pasrah ujian Allah! Suami ada ke tak ada sama je! Tapi hidup kena diteruskan!

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this


Abah tak balik, mak ada. Abah ada ke tak ada sama sahaja. Mak yang berkorban. Kasihan mak. Tiga tahun suami hilang. Beban hidup ditanggung semua. Demi anak redah juga. Reda dan positif. Walau perit. 

Mungkin anda dah boleh agak topik perkongsian kita hari ini. 
Kisah benar yang dialami Anita, ibu sepasang anak berusia 8 dan  5 tahun. Luahan rasa isteri yang ditinggal. Jom kita hayati. 
Semuanya berlaku sekelip mata. Setahun dimadukan tanpa pengetahuannya, Anita nekad menuntut cerai. Tapi suami enggan melepasnya. 

Kini sudah 3 tahun dia hilang tanpa berita. Tanpa nafkah. Tanpa tanggungjawab. 

Bila anak-anak tanya jawab Anita abah kerja jauh. Lambat balik. Jangan risah, mak ada, pujuk Anita. Anak yang masih mentah tersenyum percaya sedang dalam hati Anita Allah sahaja yang tahu. 
Apapun kata Anita dia tidak rasa putus asa. Hidup perlu diteruskan. Kalau tunggu dia, kita yang mati tak makan. Lelaki macam itu tidak akan selamat dan tenang hidup kerana mungkir janji dengan amanah Allah. 
Syukur rezeki mereka anak beranak tak putus. Ada sahaja datang tak pernah tak ada. Sikit cara sikit, banyak alhamdulillah. 
Doakan kami! Doakan ibu-ibu dan isteri teraniaya dengan suami Allah jaga sepanjang masa. Murahkan rezeki dan jadi orang beriman. 
Syabas Anita. Anda wanita hebat. Berani dan cekal. Semoga Allah lindungi anda dan keluarga dunia akhirat. 


Iktibar daripada kisah ini:

Jadilah wanita cekal, sabar dan reda. Bukan bermakna sokong perbuatan lelaki tak bertanggungjawab tapi nak buktikan tanpa mereka pun wanita boleh hidup. 
Betul kata Anita, daripada ada suami macam tak ada suami baik terus hidup dengan tanpa mereka. Tak payah susah hati, merintih dan menangis. 
Bangkit dan muhasabah diri. Ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Yang penting ingat Allah. Dia akan jaga dan tolong kita. 
Allah sayang sebab itu diuji. Allah nak bagi yang lebih baik daripada apa yang kita ada. Allah suka orang yang sabar dan selalu  mengadu kepada-Nya. 
Sebagai wanita yang positif, Anita tentu tahu apa nak buat. Guna saluran yang betul. Sediakan bukti, tuntut apa yang perlu demi masa depan sendiri dan anak-anak.
Berdoa yang baik-baik. Reda dengan ketentuan Allah. 


Hidup ini satu persinggahan. Sebelum sampai ke destinasi pasti banyak halangan. Namun kekuatan dan kesabaran akan membawa kita ke destinasi tujuan. 

Begitu juga dalam  rumah tangga. Selalu ada perselisihan faham. Ada pertelingkahan. Ada permasalahan. Tapi ada cara untuk pulih keadaan. Tolak ansur. Saling memahami dan menerima kekurangan jalan terbaik untuk membantu pulihkan kehidupan berumah tangga. 
Selagi boleh sabar bersabarlah. Apabila sudah tidak berdaya lagi  buat keputusan dan bertindak guna akal. Jangan ikut hati. 
Jika dahan tempat bergantung semakin rapuh, jangan tunggu sehingga terhempas ke bumi. 
Pada bulan yang baik dan barakah ini jom kita cermin diri dan beristiqamah. Bahagia perlu dicari bukan menanti. Bukan juga mengikut arus. - KitaReporters

12
13
0
17
0
You will be interested